Tak dapat lawan JDT, Akhyar dan Safawi boleh aksi ubi muda TFC dari tempat penonton


  • Podium
  • Rabu, 14 Feb 2024

Akhyar (kiri) dan Safawi menjadi pilihan Tomi untuk menambah sengat dalam jentera serangan skuad Sang Penyu. — Facebook/Terengganu FC

IMPIAN penyokong Terengganu FC (TFC) untuk mengikat dua tonggak Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid dan Akhyar Rashid akhirnya menjadi kenyataan.

Ia susulan selepas berbulan-bulan kem Sang Penyu disajikan dengan khabar angin mengenai perpindahan dua tonggak JDT itu.

Difahamkan, kedua-dua tonggak JDT itu menabur bakti di bumi Terengganu selama setahun secara pinjaman.

Meskipun dilihat bakal membantu Sang Penyu menjelang kempen Liga Malaysia (Liga M), namun kedua-dua penyerang skuad Harimau Malaya itu terpaksa berada di tempat duduk penonton sekiranya skuad Pantai Timur itu berdepan Harimau Selatan.

Perkara itu dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Mohd Sabri Anas yang mengakui kedua-dua pemain itu tidak dapat disenaraikan dalam kesebelasan utama jika Sang Penyu bertembung dengan Harimau Selatan.

Bagaimanapun, Sang Penyu masih mempunyai peluang untuk meraih keputusan positif sekiranya berdepan JDT berikutan terdapat beberapa pemain yang sesuai untuk menggantikan dua tonggak Harimau Selatab itu.

Berikut Majoriti menyenaraikan dua pemain yang dilihat berpotensi untuk menggalas tanggungjawab tonggak Harimau Selatan itu.

BACA LAGI: Ikut jejak Nooa Laine, import baharu NSFC sanggup lupakan Liga Finland

WhatsApp Image 2024-02-13 at 17.42.53

Nik Sharif antara pemain yang sesuai untuk menggalas posisi Safawi. — Agensi

1) Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim

Pemain sayap kanan TFC, Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim antara individu yang sesuai untuk menggantikan posisi Safawi sekiranya bertembung dengan Harimau Selatan.

Pengalamannya ketika beraksi di pentas Asia pastinya dilihat akan membantu skuad Sang Penyu menghadapi JDT.

Malah, ketika skuad kendalian Tomislav Steinbruckner beraksi di pentas Asia dalam saingan Piala AFC 2023, Nik Sharif antara tonggak yang berjaya mencipta satu assists ketika berdepan Bali United.

Mempunyai 14 penampilan bersama TFC dengan menghasilkan dua gol dan empat bantuan jaringan dalam saingan Liga Super 2023.

WhatsApp Image 2024-02-13 at 17.44.18

Mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak, Nor Hakim dilihat boleh menggantikan Akhyar. Agensi

BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara insiden dalam terowong, kelab Terengganu enggan teruskan permainan berdepan JDT

2) Nor Hakim Hassan

Nor Hakim Hassan dilihat mampu menjadi senjata rahsia untuk skuad Sang Penyu musim hadapan kerana pengalaman yang luas dalam bola sepak Malaysia.

Pemain berusia 32 tahun itu berjaya menjaringkan dua gol berserta satu assists dalam 12 perlawanan di Liga Super musim lepas.

Pemain kelahiran Kuala Terengganu itu mampu menggantikan Akhyar sekiranya tonggak JDT itu tidak diturunkan dalam kesebelasan utama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram