SELEBRITI terkenal, Elizabeth Tan berkongsi pengalaman pahit di laman sosialnya apabila mengalami pendarahan hidung selama empat jam tanpa henti sejak Khamis.
Elizabeth menerusi hantaran di laman Instagram peribadinya pada Sabtu, memuat naik beberapa gambar dan video berhubung luka pendarahan dialaminya.
BACA LAGI: Artis serba boleh! 5 selebriti Malaysia layak digelar idola
BACA LAGI: Puteri Khareeza selebriti serba boleh, belum boleh pilih nak jadi peguam atau anak seni
"Hidung saya berdarah tanpa henti sejak sampai empat jam pada dua hari lepas, saya pun tak pasti kenapa.
"Sebelum berdarah, saya menangis sebab ia tidak berhenti selama empat jam.
"Tak pasti nak pergi periksa pakar ENT ataupun tidak," ujarnya dalam hantaran di Instastory.
Perkongsian Elizabeth Tan berhubung pendarahan dialaminya di laman Instagram.
Namun, kecederaan itu difahamkan sudah pun beransur pulih selepas diberikan rawatan oleh suaminya yang juga merupakan seorang doktor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram