[VIDEO] Ajal ketika bekerja, pemandu teksi maut ditembak berdas-das penumpang dari neraka


  • Benua
  • Sabtu, 03 Feb 2024

Tangkap layar kes pembunuhan membabitkan seorang pemandu teksi yang ditembak mati penumpangnya di Izmir, Turkiye pada Rabu.

SEORANG pemandu teksi maut dalam insiden pembunuhan kejam membabitkan pelaku yang berusia 19 tahun di Izmir, Turkiye pada Rabu.

Mangsa, Oguz Erge, 44, cedera parah selepas ditembak tiga kali berturut-turut sekitar pukul 3.30 pagi pada hari kejadian.

Insiden terbabit tercetus apabila suspek, Delil Aysal bertindak melepaskan tembakan ke arah pemandu berkenaan sebaik tiba ke destinasi dituju.

Rakaman kamera dashcam memaparkan Aysal mengeluarkan pistol dari poket seluarnya dan terus menembak mangsa sambil berbisik di telinganya, 'kau tak sepatutnya percaya semua orang'.

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki maut lepas berbalas tembakan dengan polis di Puchong Prima ada 14 rekod jenayah

BACA LAGI: [VIDEO] Tembak YouTuber masa kena 'prank', penghantar makanan terlepas hukuman meringkuk dalam jel 20 tahun

Suspek dalam pada masa sama turut menggeledah poket baju mangsa untuk mencuri wang dan barangan berharga sebelum terus melarikan diri dari lokasi kejadian.

Menurut laporan media Turkiye, pembunuh terbabit telah ditahan di daerah Buca, Turkiye dan disiasat di balai polis sebelum dirujuk ke mahkamah untuk hukuman selanjutnya.

Dalam pada itu, mayat Erge dibawa ke hospital menaiki kenderaan ambulans yang turut diiringi 250 buah teksi yang membantah tragedi pembunuhan kejam tersebut.

Rata-rata pemandu teksi di daerah terbabit meluahkan rasa tidak puas hati dan menggesa agar keselamatan mereka ditingkatkan lagi susulan ancaman yang boleh berlaku ketika bertugas di jalanan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram