DUA individu dipercayai pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) dirakam berpelakuan aneh apabila cuba menjatuhkan beberapa penunggang di Jambatan Kedua Pulau Pinang pada Isnin.
Menunggang di laluan kecemasan, pembonceng wanita itu didakwa sengaja ingin menjatuhkan penunggang lain yang turut menggunakan lorong berkenaan.
Turut membawa tali bersama, pelaku dilihat beberapa kali cuba melibas dan menendang penunggang di laluan tersebut.
Kelakuan itu sekali gus mengundang kekecohan di laman media yang rata-ratanya mendakwa kedua-dua individu terbabit merupakan pemegang kad OKU.
BACA LAGI: [VIDEO] Nahas 2 kenderaan Mazda, 3 parah lepas kereta rentung di Jambatan Kedua P. Pinang
BACA LAGI: [VIDEO] Nahas mengerikan treler terbalik di jambatan kedua P. Pinang, ada kereta terputus dua
Dalam pada itu, salah seorang mangsa berkongsi cerita di Facebook apabila diserang individu berkenaan pada Isnin.
"Bahaya betul kelakuan penunggang macam ini, aku kena pasir di muka, nasib baik boleh bersabar, kalau tidak aku tendang dah motor kau," kata Faizul Jojoe.
"Bulan lepas saya pernah terselisih dengan mereka, perempuan itu libas dengan tali bila ada orang lalu depan dia, rasanya pemegang kad OKU ni, semua orang biar je tak ambil tindakan," ujar Fayar Aykun.
"Esok kena tahan mesti ada yang mengaku OKU, cacat pendengaran dan sebagainya, sebab itu dia boleh terlepas," tambah Yahmeer.
Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung hal itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram