Nombor pendaftaran paling 'win', ketahui 11 bidaan plat paling mahal di Malaysia


  • Massa
  • Sabtu, 09 Sep 2023

Nombor pendaftaran plat kenderaan ‘FF 1‘ sah menjadi milik Sultan Ibrahim dengan nilai bidaan RM1.2 juta.

BAGI sesetengah orang, memiliki nombor plat kenderaan unik dan mempunyai maksud yang tersendiri seolah-olah memberi satu kepuasan bagi pemilik kenderaan.

Malah, ada yang sanggup berbelanja besar mencari nombor plat yang lain daripada yang lain untuk mengabadikan nama, nama gelaran dan nama orang tersayang.

Justeru itu, nombor plat unik sering menjadi buruan sehingga ada yang sanggup berhabis sehingga ratusan ribu ringgit demi memiliki nombor idaman masing-masing.

Pada Ogos lalu, pelakon Azhar Sulaiman contohnya mahu menjual nombor pendaftaran kenderaan miliknya, MAF14 (dibaca MAFIA) pada harga bidaan bermula RM1.85 juta.

Perkara itu dikongsikan dalam Instagram yang turut memaparkan nombor telefon untuk dihubungi bakal pembeli.

Tunjang utama filem Abang 92 itu turut berkongsi gambar memegang keratan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sebagai bukti pemilikan.

MALAYSIA 1 mencatat sejarah sebagai nombor kedua paling tinggi dibida, dengan nilai bidaan sebanyak RM1.1 juta oleh Aldi International Sdn Bhd pada 2018.

Walaupun nombor plat tersebut belum dibeli oleh mana-mana pihak, namun ia bukanlah satu-satunya nombor termahal yang pernah dijual.

Jika melihat rekod setakat ini, nombor plat termahal adalah kepunyaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan nilai bidaan RM1.2 juta.

Menerusi perkongsian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di laman Facebooknya pada Jun lalu, beliau telah menyerahkan sendiri nombor pendaftaran plat kenderaan ‘FF 1‘ kepada baginda.

Untuk rekod, bayaran RM1.2 juta merupakan nilai tertinggi yang pernah dikutip setakat ini oleh kerajaan untuk pendaftaran satu nombor plat kenderaan selain dari nombor plat khas MALAYSIA 1 mencatat sejarah sebagai nombor kedua paling tinggi dibida, dengan nilai bidaan sebanyak RM1.1 juta oleh Aldi International Sdn Bhd pada 2018.

Sebelum ini, nombor plat khas satu digit yang paling tinggi pernah dibida ialah V 1, dengan nilai bidaan sebanyak RM989,000 pada tahun yang sama dan turut dimiliki Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Nombor plat 'FF1' mendahului senarai itu sekarang dengan jumlah RM1.2 juta. Berikut adalah senarai 20 nombor plat paling mahal setakat ini di Malaysia:

1. FF1: RM1.2 juta

2. Malaysia1: RM1,111,111

3. V1: RM990,000

4. FF8: RM950,000

5. FF9: RM911,999

6. V9: RM899,800

7. V8: RM880,000

8. V7: RM877,800

9. F1 RM836,660

10. VV1: RM826,100

11. W1N: RM748,000

Senarai ini hanya termasuk nombor dalam senarai tawaran rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), oleh itu, ia tidak termasuk nombor plat khas seperti PATRIOT, XX dan PERFECT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram