PATI lolos tahanan: 39 lagi berjaya ditahan semula di Bidor


  • 112
  • Sabtu, 03 Feb 2024

Seramai 39 tahanan yang lolos dari depoh Imigresen Bidor telah berjaya ditangkap semula pada Sabtu. — The Star

SERAMAI 39 tahanan yang melarikan diri dari depoh Imigresen Bidor, Perak telah berjaya ditangkap setakat ini.

Ketua Polis Perak, Komisioner Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataannya berkata, seramai 32 tahanan telah ditangkap oleh pasukan gerakan khas di Tapah dan Bidor antara 6 pagi dan 7.30 malam pada Sabtu.

Mereka yang ditangkap semula terdiri daripada 30 warga Rohingya dan dua Bangladesh.

BACA LAGI: [VIDEO] Hampir 400 PATI kena cekup di Putrajaya

"Pada pukul 6 pagi Sabtu, kami bertindak atas maklumat awam dan menangkap dua Rohingya di Kampung Batu Melintang, Tapah, Perak.

"Pada 9.20 pagi, kami menangkap seorang lagi di ladang kelapa sawit di Kampung Senta di Bidor.

"Kira-kira pukul 2 hingga 3 petang, dua warga Bangladesh dan lapan Rohingya telah ditangkap di kawasan berbukit berhampiran Kampung Sungai Kenoh di Tapah," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut berjaya menangkap empat tahanan Rohingya di dalam hutan berhampiran Bidor sekitar pukul 12.30 tengah hari.

"Pada pukul 6 petang, 13 lagi warga Rohingya ditangkap di Kampung Senta dan 35 minit kemudian, seorang lagi ditangkap di Pos Gedong di Bidor.

"Pada pukul 7.25 malam, seorang lagi tahanan Rohingya telah ditahan di Kampung Bermin Tapah," katanya lagi.

BACA LAGI: [VIDEO] Sanggup sorok dalam longkang 2 jam, lebih 500 warga asing ditahan dalam serbuan di Pasar Borong Selangor

Terdahulu, seramai 131 tahanan berusia antara 17 dan 35 tahun berjaya melarikan diri dari depoh imigresen pada Khamis malam.

Seorang tahanan Rohingya dilaporkan maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan.

Mohd Yusri berkata, polis percaya mereka yang hilang masih bersembunyi di dalam hutan sekitar Tapah dan Bidor.

"Kami menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu, yang boleh menyukarkan pihak polis untuk menangkap mereka.

"Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Noor Irwan Abd Ghani di talian 017-316 8097 atau Pusat Operasi Balai Polis Daerah Tapah (05-401 1222),” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram