Mana lagi untung? Ketahui beza antara KWSP dan skim pencen penjawat awam


  • Massa
  • Selasa, 30 Jan 2024

Perkembangan tersebut tidak akan menjejaskan status berpencen bagi penjawat awam tetap sedia ada.

KERAJAAN sebelum ini mengumumkan bahawa penjawat awam yang baharu dan berstatus tetap tidak akan lagi menerima skim pencen persaraan.

Perkara yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu telah dipersetujui oleh barisan Kabinet.

Susulan itu, penjawat awam baharu kelak akan melaksanakan caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sama seperti pekerja di sektor swasta.

Bagaimanapun, perkembangan tersebut tidak akan menjejaskan status berpencen bagi penjawat awam tetap sedia ada.

Melalui satu hantaran yang dikongsikan oleh pengguna akaun bernama Aspiyah Mahyus Ahmad menerusi Facebook Kami Guru Malaysia baru-baru ini, beliau menyenaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan skim pencen dan KWSP :

Kelebihan skim pencen :

1. Jaminan bekalan kewangan seumur hidup selepas bersara

Selepas bersara, golongan skim pencen akan menerima pencen bulanan pada kadar tertentu dan meningkat pada kadar dua peratus setiap tahun.

2. Jaminan bekalan kewangan kepada waris

Dengan faedah terbitan, waris golongan skim pencen akan menerima ganjaran terbitan dan bayaran pencen setiap bulan jika penerima asal meninggal dunia sama ada ketika dalam perkhidmatan atau selepas bersara.

3. Lebih banyak pendapatan boleh guna

Disebabkan golongan skim pencen tidak mencarum dalam KWSP, maka mereka mempunyai lebihan pendapatan boleh guna sebanyak 11 hingga 13 peratus berbanding golongan skim KWSP.

PUTRAJAYA, 13 Okt -- Penjawat awam tidak ketinggalan mengikuti pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Golongan skim pencen akan menerima pencen bulanan pada kadar tertentu dan meningkat pada kadar dua peratus setiap tahun.

Kekurangan skim pencen :

1. Bekerja dengan kerajaan untuk tempoh yang lama

Seorang penjawat awam perlu bekerja selama tiga hingga lima tahun untuk mengesahkan perkhidmatan dan membolehkan individu tersebut memilih skim pencen.

Untuk menikmati semua kelebihan skim pencen, mereka perlu setia bekerja dengan kerajaan sehingga tempoh bersara.

Jika bersara awal pula, segala keistimewaan skim pencen hanya akan diberikan selepas mencapai umur 55 tahun (bagi lantikan selepas 1991).

2. Risiko kehilangan keistimewaan skim pencen

Seorang penjawat awam boleh hilang keistimewaan skim pencen jika berhenti kerja, dikenakan hukuman tatatertib, diberhentikan atau dibuang kerja sebelum tempoh bersara.

Seorang pesara yang sedang menikmati keistimewaan skim pencen juga boleh ditarik balik sekiranya melanggar syarat-syarat yang ditetapkan seperti dihukum atas kesalahan jenayah.

3. Tiada pelepasan cukai

Pelepasan cukai buat pencarum KWSP adalah sebanyak RM4,000 setahun. Bagi golongan skim pencen yang layak membayar cukai, mereka perlu membayar cukai yang lebih tinggi.

BACA LAGI: Ada baik buruknya kerajaan hapus pencen kepada penjawat awam tetap baharu

The Johor government will spend RM1mil on repair works at 13 district police headquarters in Johor to improve the working environment for the 7,834 policemen and policewomen on duty.

Langkah penamatan skim pencen persaraan ini, sekiranya tidak dilaksanakan dengan teliti berpotensi untuk menjejaskan kualiti perkhidmatan awam di dalam negara. — Gambar hiasan

BACA LAGI: Kajian sistem gaji penjawat awam hampir lengkap — Fahmi Fadzil

Kelebihan skim KWSP

1. Tidak terikat untuk bekerja sehingga usia persaraan

Golongan skim KWSP tidak perlu berkhidmat sehingga umur persaraan kerana mereka tidak akan menikmati keistimewaan berpencen kecuali gantian cuti rehat (GCR) dan faedah perubatan.

2. Simpanan secara paksa rela

Setiap bulan, sebanyak maksimum 26 peratus (13 peratus daripada pekerja dan 13 peratus daripada majikan) daripada gaji akan disimpan ke dalam akaun KWSP, iaitu satu jumlah yang besar berbanding saranan biasa sebanyak 10 peratus.

3. Boleh dikeluarkan untuk tujuan-tujuan tertentu

Antara jenis pengeluaran yang boleh menguntungkan ahli ialah pengeluaran pelaburan, mengurang dan menyelesaikan baki pinjaman perumahan, membina dan membeli rumah serta ansuran bulanan pinjaman perumahan.

4. Pemantauan lebih mudah

KWSP menyediakan portal i-Akaun untuk memudahkan pencarum melihat penyata jumlah wang yang terkumpul dalam akaun masing-masing secara dalam talian. Menerusi inisiatif ini, perancangan kewangan boleh dibuat dengan lebih mudah.

5. Pelepasan cukai pendapatan

Golongan skim KWSP layak mendapat pelepasan cukai sehingga RM4,000 setahun.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Nenek ni yang pukul pekerja kami dulu', pemilik glamping Melaka pertahan tindakan lenjan orang tua pakai kayu

EPF

KWSP sudah pun mewujudkan skim Simpanan Shariah sejak Ogos 2016.

Kekurangan skim KWSP

1. Tidak patuh syariah

Akaun KWSP sebelum ini dianggap tidak patuh syariah kerana pelaburannya yang bercampur baur. Namun, KWSP sudah pun mewujudkan skim Simpanan Syariah sejak Ogos 2016.

2. Ketidaktentuan sumber pendapatan selepas bersara

Selepas bersara, golongan skim KWSP hanya bergantung kepada jumlah wang yang ada dalam akaun KWSP dan juga simpanan atau pelaburan lain jika ada untuk teruskan kehidupan.

3. Tiada jaminan untuk waris

Jika terjadi kematian kepada golongan skim KWSP, waris mereka tidak akan menerima apa-apa keistimewaan.

Hanya jumlah dalam akaun KWSP sahaja yang ada. Itu pun perlu melalui pelbagai prosedur tertentu sebelum diperoleh waris.

4. Kurang pendapatan boleh guna

Disebabkan sebahagian gaji kasar ditolak untuk caruman KWSP, golongan skim ini mempunyai gaji bersih yang lebih sedikit berbanding golongan skim pencen.

Keadaan ini bukan sahaja mengurangkan jumlah pendapatan boleh guna, malah mungkin menjejaskan peluang untuk mendapatkan pembiayaan atau pinjaman daripada bank. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram