SELEPAS kecoh dengan isu pencen melibatkan penjawat awam dan ahli politik, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar mengumumkan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail bersetuju untuk memilih hanya satu pencen.
Anwar berkata, Azizah yang pernah memegang beberapa jawatan dalam kerajaan memaklumkan keputusannya itu pada Ahad.
"Azizah adalah bekas doktor di kerajaan, Adun di Selangor dan Ahli Parlimen.
"Dia memberitahu saya pagi ini (Ahad) bahawa dia hanya akan memilih satu pencen," katanya ketika berucap ketika Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru.
BACA LAGI : Mansuh dulu pencen wakil rakyat — Cuepacs
Anwar yang mengumumkan keputusan tersebut. — The Star
BACA LAGI : Ada baik buruknya kerajaan hapus pencen kepada penjawat awam tetap baharu
Pada masa sama, Anwar dilaporkan berkata, Adun atau Ahli Parlimen yang mempunyai beberapa pencen hanya perlu memilih salah satu daripadanya.
"Beberapa bekas Menteri atau Perdana Menteri yang mempunyai tiga atau empat pencen daripada kerajaan sebagai Adun atau Ahli Parlimen, mereka harus memilih satu sahaja," katanya lagi.
Malah, Anwar mengumumkan, calon menteri yang dipilih dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang juga perlu menerima skim tanpa pencen untuk menjadi wakil rakyat.
"Saya tidak bersetuju jika ahli politik dikecualikan dan seperti biasa, saya akan menyuarakan pandangan ia melibatkan pemansuhan skim pencen," jelasnya. — The Star/IVAN LOH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram