[VIDEO] 'Nenek ni yang pukul pekerja kami dulu', pemilik glamping Melaka pertahan tindakan lenjan orang tua pakai kayu


  • Tular
  • Isnin, 29 Jan 2024

Tangkap layar menunjukkan seorang warga emas dikasari oleh seorang lelaki dipercayai pemilik sebuah pusat aktiviti perkhemahan mewah di Melaka.

TULAR satu video memaparkan seorang warga emas dikasari dan dipukul oleh lelaki dipercayai pemilik sebuah pusat aktiviti perkhemahan mewah di Melaka.

Video yang tular sejak Ahad itu turut menjadi bualan ramai dan mengundang kecaman warga maya ekoran tindakan lelaki tersebut yang dikatakan tidak berhati perut.

Dalam video berdurasi 29 saat berkenaan kelihatan lelaki tersebut memukul warga emas berusia 70 tahun menggunakan sebatang kayu berkali-kali.

Malah lebih mendatangkan kemarahan, dia terus memukul wanita tersebut walaupun mangsa dilihat menjerit kesakitan.

BACA LAGI: 'Hapuskan budaya ampu politik siap tempat khas tonton skrin besar, VVIP sebenar adalah rakyat'

BACA LAGI: [VIDEO] Macam 'WWE', pencuri motosikal tergamam kena hempuk 'owner' di Sabah

Namun dalam perkembangan terbaharu, lelaki itu tampil menjelaskan perkara sebenar di sebalik kejadian berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook The Baruh Glamping.

Lelaki itu mendakwa, hantaran yang dimuat naik pada Ahad memaklumkan bahawa video tular itu telah dimanipulasi oleh pihak tertentu.

Tindakan lelaki tersebut mengasari wanita berkenaan sebenarnya bertujuan untuk mempertahankan diri pekerjanya yang didakwa juga seorang warga emas.

"Hari ini sangat melampau sampai pukul staf glamping. Kami sekadar mempertahankan diri.

"Nenek tua ini pukul nenek yang bekerja di glamping kami. Nampak tak dia bawa kayu? Video yang pihak sana kongsikan sudah crop! Tunjuk dia kena pukul.

"Padahal pihak kami halau dia dan rampas kayu agar dia tidak pukul lagi. Perkara ini dah bertahun ya," katanya.

WhatsApp Image 2024-01-29 at 15.08.24

Tangkap layar hantaran pihak tapak perkhemahan mewah tersebut di Facebook pada Ahad.

Lelaki tersebut mendakwa, jiran-jiran di sekeliling tapak perkhemahan tersebut tidak menyenangi kehadiran mereka dan mengeluarkan cerita yang tidak enak didengari.

"Jiran hasut semua orang dan mengadu kami buat kotor tepi (tapak) glamping. Kami kemas kawasan sekitar agar tidak ada ular dan binatang lain untuk keselamatan bersama.

"Tuduh kami buang sampah (sedangkan) sampah domestik pihak majlis angkat setiap hari.

"Tapi tetap kami kena maki setiap hari. Korang kalau hari-hari kena maki dengan jiran sebelah apa perasaan?" soalnya.

Pemilik tersebut bagaimanapun sudah menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram