'Skim pencen perlu dikekalkan untuk penjawat awam tertentu'


  • Massa
  • Isnin, 29 Jan 2024

Ada yang berpendapat skim pencen seharusnya dikekalkan untuk jawatan kritikal dalam bidang kesihatan, pendidikan dan pertahanan awam. — Gambar Hiasan

ISU skim pencen dalam kalangan penjawat awam hangat diperkatakan selepas kerajaan mengumumkan bahawa Kabinet bersetuju menetapkan pekerja baharu yang dilantik kelak perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ia turut menimbulkan pelbagai reaksi bagi masyarakat setempat walaupun dalam kalangan pekerja swasta.

Malah, ada yang berasakan keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu adalah satu langkah yang kurang bijak sekali gus menyebabkan negara akan kehilangan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang.

Pada masa sama, ada juga yang berpendapat skim pencen tersebut dikekalkan untuk penjawat awam tertentu sahaja.

BACA LAGI: Isu pencen penjawat awam: Berapa boleh jimat jika mansuh pencen ahli politik?

Terdapat pihak mencadangkan agar Kerajaan seharusnya terlebih dahulu menghapuskan pencen wakil rakyat dan menteri sebelum melaksanakan langkah tersebut kepada pekerja perkhidmatan awam. — Gambar hiasan

Terdapat pihak mencadangkan agar Kerajaan seharusnya terlebih dahulu menghapuskan pencen wakil rakyat dan menteri sebelum melaksanakan langkah tersebut kepada pekerja perkhidmatan awam. — Gambar hiasan

BACA LAGI: [VIDEO] Ajal depan mata suami, isteri maut kereta termasuk jalan kontra di Kuala Selangor

Chegu Chep berkata, skim pencen seharusnya dikekalkan untuk jawatan kritikal dalam bidang kesihatan, pendidikan dan pertahanan awam.

"Kekalkan skim pencen untuk guru, jururawat, doktor, askar, polis dan yang seangkatan dengannya.

"Kalau mereka tiada pencen seudah tentu ramai yang akan meloncat keluar untuk dapatkan gaji lebih. Susah nak cari pengganti sebab sebelum ini pun mereka 'stay' sebab nak pencen," tulisnya.

Tini Romziman berpendapat kemungkinan ramai yang akan bekerja di sektor swasta yang menawarkan gaji lebih tinggi dan kemudahan yang sama dengan penjawat awam.

"Bagi mereka yang bekerja dalam sektor kesihatan dan badan- badan beruniform elok diberi skim pencen.

"Kalau tak, semua akan berpindah ke negara luar untuk gaji yang lebih berbaloi sebab dah hilang keistimewaan pencen," tulisnya.

Sementara itu, Yusof Ahmad pula mencadangkan supaya pemansuhan pencen itu dilaksanakan di peringkat Menteri dan wakil rakyat.

"Mansuh pencen dan potong elaun menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen terlebih dahulu.

"Harus diingatkan, kalau skim pencen ini dihapuskan boleh lumpuh sistem pendidikan dan kesihatan negara.

"Sekarang pun dah ramai yang berhijrah untuk bekerja di luar negara, ini ibarat bom jangka buat negara. Saya tak nak hidup dalam generasi cerdik pandai dalam media sosial sahaja yang macam tin kosong," tulisnya.

Pada Rabu lalu, media melaporkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Ahmad Zahid berkata, satu pengumuman mengenai tempoh pelaksanaannya akan dibuat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Beliau berkata, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu itu kelak akan membuat caruman menerusi KWSP. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram