'Perlekeh SPM, nampak sangat mentaliti orang kita jauh beza berbanding rakyat Jerman'


Tangkap layar seorang pempengaruh mendakwa peperiksaan SPM sudah tidak relevan dan tiada kepentingan bagi golongan muda.

KENYATAAN kontroversi dibuat seorang pempengaruh yang mendakwa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini sudah tidak relevan dan tiada kepentingan telah mengundang kecaman masyarakat di seluruh negara.

Tidak ketinggalan, seorang rakyat tempatan yang menetap di bandar Frankfurt, Jerman turut terkesan dengan isu tersebut yang menurutnya satu perkara yang amat menyedihkan sekiranya fahaman itu diterapkan dalam generasi muda akan datang.

Telah bermastautin lebih 10 tahun di Jerman, Khairolizam Muhaidi berkongsi pendapat berhubung hal itu di laman Facebook peribadinya pada Khamis.

Katanya, pemikiran penduduk di Malaysia dan Jerman nyata jauh berbeza dengan rakyat di negara itu tidak hanya tertumpu kepada komunikasi di media sosial semata-mata.

Perkara itu secara tidak langsung membentuk mentaliti serta pemikiran yang jauh lebih matang dari segi adab, disiplin, pengetahuan serta pemikiran seseorang individu.

"Salah satu sebab orang Jerman tidak aktif di media sosial. Masyarakat mereka tidak terleka, terlena mahupun hanyut dengan media sosial, juga tidak banyak bermegah-megah, riak dan tunjuk kekayaan dan kemewahan mereka di media sosial.

"Seperti harimau menyembunyikan kukunya. Apabila mencakar, ianya membinasakan. Pemerhatian aku, banyak orang Jerman sama sekali tidak menggunakan media sosial.

"Tidak ada perbezaan jurang antara yang kaya dan yang miskin di Jerman, golongan hartawan Jerman juga sukar dilihat di mata umum kerana kebiasaan mereka enggan menunjukkan kekayaan dan status sosial mereka.

"Di tempat kita pula, adalah sebaliknya. Orang sukakan hiburan, hidup mewah tanpa menggunakan akal fikiran dan pengetahuan, adab dan disiplin ke laut. Selepas itu gelar diri ‘influencer’ (pempengaruh)," katanya dalam hantaran tersebut.

BACA LAGI: KPM umum SPM 2023 bermula 5 Disember hingga 7 Mac

photo_2024-01-25_19-56-51

Khairolizam Muhaidi (tengah) telah menetap lebih 10 tahun di Frankfurt, Jerman. — Facebook

BACA LAGI:

BACA LAGI: [VIDEO] Influencer terkenal, Cikgu Ery maut serangan jantung ketika senamrobik di PJ

Mengulas lanjut berhubung kenyataan hangat dibuat seorang pempengaruh yang seperti memperlekeh kepentingan SPM, Khairolizam menyifatkan ia sebagai pengisian 'sampah' yang banyak mempengaruhi minda anak-anak muda.

Amat menyedihkan bila kebanyakan anak-anak kita mengidolakan ‘content-content’ sampah. Tapi lagi menyedihkan bila golongan besar panjang pun sama menyusuli.

"Pedih ulu hati aku apabila pempengaruh di bawah mengatakan belajar SPM di sekolah pun tak penting, sekolah ni tempat menghabiskan masa sahaja.

"Pempengaruh dan 'Tiktoker' macam ni lah buat anak-anak tak nak sambung belajar, mempengaruhi dan memperjudikan masa depan anak muda kita demi ‘content’ Tiktok nya. Besar cabaran mereka nak kena hadap pengaruh zaman media sosial.

"Kita lah sebagai orang dewasa kena penunjuk arah jalan yang benar dan semoga anak-anak kita tidak termakan hasutan sebegini," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram