KPM umum SPM 2023 bermula 5 Disember hingga 7 Mac


  • Primer
  • Khamis, 24 Ogos 2023

KPM mengumumkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal bermula pada 5 Disember. — Bernama

PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 dijadual bermula pada 5 Disember 2023 hingga 7 Mac 2024.

Menerusi kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM), jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2023 mengambil kira setiap perkara termasuk jumlah hari persekolahan serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.

Menurut hantaran tersebut, Ujian Amali Sains akan dijalankan pada 5 hingga 7 Disember, Ujian Bertutur Bahasa Melayu (8-11 Januari 2024), Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (17-23 Januari 2024), manakala Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (29 Januari 2024).

Sementara itu, Ujian Bertulis pula akan berlangsung dari 30 Januari hingga 7 Mac 2024.

"Sila layari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan lp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut dan muat turun Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023," menurut kenyataan KPM pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram