Statistik Murilo lebih baik, 2 bintang JDT mungkin kena kerja lebih keras pertahan posisi


  • Podium
  • Khamis, 25 Jan 2024

Murilo Henrique sah selaku import baharu JDT bagi saingan Liga Malaysia musim depan. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

KEDATANGAN import baharu Johor Darul Takzim (JDT), Murilo Henrique baru-baru ini nyata satu berita mengejutkan peminat bola sepak tanah air.

Selepas mengumumkan perancangan mahu mengurangkan perbelanjaan menjelang saingan baharu Liga Malaysia (Liga M) akan datang, juara Piala Malaysia 10 kali sepuluh berturut-turut itu kembali menjadi bualan peminat berhubung muka baharu yang disenaraikan baru-baru ini.

Kerap membariskan pemain berstatus bintang, kedatangan Murilo Henrique juga tidak kurang hebatnya apabila tampil selaku individu berpengalaman yang pernah berkelana di beberapa kelab ternama di Sepanyol sebelum ini.

Murilo Henrique merupakan import terbaharu JDT bagi saingan musim depan. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

BACA LAGI: Belum masa dapatkan Nooa Laine, tapi saya akan terus bunuh bola sepak negara — TMJ

Dalam pada keghairahan penonton yang sudah tidak sabar menyaksikan aksi pemain kelahiran Brazil itu, timbul pula kerisauan berhubung prestasi bek kiri pertahanan negara, La'Vere Corbin-Ong yang dikatakan bakal menerima saingan hebat daripada pemain tersebut.

Corbin Ong yang ketika ini merupakan antara tonggak skuad Harimau Selatan dilihat kekal selaku kesebelasan utama jurulatih Estaben Solari pada musim lalu dengan rekod 20 penampilan berjaya diperoleh dalam saingan Liga Super.

Namun, catatan itu dijangka akan mengalami kemerosotan susulan kemasukan Murilo Henrique yang dikatakan mampu menyaingi penguasaan pemain Harimau Malaya itu bagi posisi pertahahan kiri.

Selain Corbin Ong, dua lagi pemain iaitu Syahmi Safari dan Matthew Davies juga antara nama yang dijangka sukar mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama kelak.

Berikut merupakan statistik serta rekod cemerlang dimiliki Murilo Henrique yang mampu mecabar kedudukan ketiga-tiga pemain tersebut.

1. Boleh bermain tiga posisi

Murilo Henrique boleh dianggap sebagai pemain versatil kerana mampu menggalas tangungjawab di tiga posisi berbeza iaitu di bahagian pertahanan kiri dan kanan serta pemain sayap yang mampu mengucar-kacirkan benteng lawan.

murilo-henrique-jdt

Murilo Henrique juga mampu berperanan selaku pemain sayap kiri pasukan.

BACA LAGI: Proses belum berakhir, 3 nama dijangka ikut jejak tinggalkan JDT

Selain daripada memiliki ketinggian ideal 1.80 meter, kelincahan pemain ini dalam melarikan bola juga antara nilai tambah buat JDT yang mungkin akan memiliki senjata baharu di bahagian serangan.

Berkebolehan membuat hantaran jauh tepat ke arah rakan sepasukan, kualiti yang ada pada setiap sepakan diambil merupakan antara ciri yang sentiasa diterapkan dalam setiap pemiliham pemain baharu di Harimau Selatan.

2. Usia muda

Faktor usia juga memainkan peranan dalam hal ini susulan import Brazil itu baru sahaja menginjak ke angka 28 tahun pada Disember lalu yang sekali gus mendatangkan kelebihan buatnya berbanding Corbin Ong.

Corbin Ong yang sudah pun berusia 32 tahun, bakal segera digantikan dengan tenaga baharu dalam tempoh terdekat sebagai persediaan jangka masa panjang pasukan itu untuk terus maju ke hadapan.

Justeru, pemilihan Murilo Henrique dilihat bukan sekadar pemain gantian, malah lebih kepada perancangan JDT dalam membentuk generasi baharu yang mampu meneruskan kecemerlangan pasukan itu di peringkat antarabangsa.

3. Rekod cemerlang bersama SJK Seinajoki

Mula mencipta nama bersama Rio Ave FC sebelum menyertai Varzim SC B di Portugal selama beberapa musim, kemuncak karier Murilo Henrique adalah ketika dia mewakili SJK Seinajoki di Finland dan beraksi menentang banyak kelab terkemuka dunia pada 2022.

Secara keseluruhan, pemain itu telah beraksi hampir 67 perlawanan bersama SJK Seinajoki dan meledak dua gol serta 21 bantuan gol menurut laman Transfermarkt.

msg-468649021-48783

Murilo Henrique ketika beraksi bersama Nooa Laine mewakili SJK Seinajoki FC di Finland.

Lebih banyak diturunkan selaku pemain sayap kiri dalam perlawanan bersama kelab itu, kelibatnya yang sentiasa membantu jentera serangan antara aksi yang dinantikan peminat di JDT.

Lebih mengujakan apabila Murilo Henrique sebelum ini pernah beraksi di samping pemain kebangsaan, Nooa Laine seperti mana dapat disaksikan dalam kepingan foto dikongsikan di laman Instagram masing-masing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram