[VIDEO] Influencer terkenal, Cikgu Ery maut serangan jantung ketika senamrobik di PJ


  • Tular
  • Rabu, 29 Nov 2023

Mohd Khairi Ramli atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ery dilaporkan meninggal dunia di Tasik Tropicana Aman Rimbayu, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

SEORANG guru dan pempengaruh terkenal, Mohd Khairi Ramli dilaporkan meninggal dunia semasa mengendalikan senaman senamrobik di Tasik Tropicana Aman Rimbayu, Petaling Jaya, Selangor pada pagi Rabu.

Lebih dikenali sebagai Cikgu Ery dalam kalangan warganet, Allahyarham difahamkan meninggal akibat serangan jantung.

Berita kematian itu dimaklumkan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tinggi, Pelabuhan Klang, Selangor, Adlin Amir Hamzah di laman Facebook.

"Allahyarham meninggal dunia semasa kendalikan senaman bersama kumpulan.

"Paramedik ambulans telah sahkan kematian dan sedang menunggu kehadiran pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Keluarga arwah telah dihubungi," katanya.

Pada masa sama, Adlin juga berharap tiada sebarang berita palsu disebarkan berkenaan kematian Cikgu Ery.

Untuk rekod, Cikgu Ery terkenal di laman media susulan perkongsian aktiviti senaman dan selalu bercerita mengenai kisah penghijrahannya.

Selain itu, Allahyarham juga merupakan aktivis yang aktif membantu golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) termasuk bekas mak nyah yang ingin berubah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram