SEORANG lelaki dirakam mencuri di sebuah premis gajet dekat Kota Tinggi, Johor pada petang Rabu.
Kejadian itu yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV), difahamkan telah dilaporkan kepada pihak polis dan siasatan sedang dijalankan berhubung kes tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya mengesan satu rakaman CCTV yang dimuat naik oleh seorang individu di platform Facebook 'Khas Penduduk Kota Tinggi'.
BACA LAGI: [VIDEO] Lagak macam profesional, 3 pencuri kantoi pecah kereta 2 kali di Kedah
"Dalam hantaran video berdurasi 51 saat yang dimuat naik semalam, kelihatan beberapa individu datang dengan menaiki sebuah kereta masuk ke premis berkenaan kira-kira pukul 7 petang sebelum mencuri barang jualan dalam premis terbabit.
"Kita akan menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut dan menasihatkan individu terbabit atau mana-mana pengusaha yang terkesan akibat perlakuan berkenaan supaya hadir membuat laporan polis di mana-mana balai polis yang terdekat," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
BACA LAGI: [VIDEO] Penyamun sanggup datang balik, 'complete set' rembat 2 lagi rim dan tayar kereta di Bau
Terdahulu, pengirim dalam hantaran dimuat naik meminta agar peniaga di sekitar Kota Tinggi sentiasa berwaspada terhadap perilaku sebuah keluarga yang dipercayai menjalankan kegiatan mencuri di kawasan terbabit.
Berdasarkan video berkenaan, lima individu termasuk seorang wanita terlebih dahulu dilihat keluar daripada sebuah kereta sebelum dua lelaki terbabit bertindak mengambil beberapa barang jualan dalam premis tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram