KEHADIRAN pemain muda, Nooa Laine dalam skuad kebangsaan sudah pasti akan memberi keterujaan penyokong Harimau Malaya yang mahu muka baharu untuk aksi persahabatan kali ini.
Apatah lagi, penglibatan pemain kacukan Malaysia-Finland itu bakal memberi lebih banyak pilihan buat ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk membarisi barisan tengah skuad kebangsaan.
Dalam pada itu, ada beberapa bintang Harimau Malaya yang dilihat bakal menjadi gandingan terbaik bersama Nooa.
Azam Azih melompat teruja selepas Harimau Malaysia menjaringkan gol ketika menentang Singapura ketika Sukan Sea pada Ogos 2017.
Ini termasuk pemain dari Sri Pahang FC, Nor Azam Azih dan Brendan Gan dari Selangor FC.
Ngah Hafiz antara lain mencadangkan: "Nooa dengan Paulo Josue (Kuala Lumpur City FC). Cuba tengok."
Stuart Wilkin antara pemain Sabah yang dilihat melakukan persembahan terbaik setakat ini.
Tambah Firdhaus Azlan: "Lagi teruja nak tengok dia berganding dengan Stuart Wilkin (Sabah FC). Jangan lupa Wilkin banyak gol luar kotak."
Selain Nooa, muka baharu lain yang dipanggil dalam skuad kebangsaan termasuk dua penjaga gol berpotensi, Damien Lim yang dibawa dari Sabah FC serta Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman yang ketika ini beraksi bersama Negeri Sembilan FC.
Brendan Gan dinobatkan sebagai pemain terbaik ketika Piala Malaysia pada tahun 2018.
Josue merupakan salah seorang pemain naturalisasi baharu yang diperkenalkan dalam skuad di samping tonggak baharu Johor Darul Takzim (JDT), Endrick dos Santos.
No0a sebelum ini pernah dikatakan tidak berpeluang menyertai skuad kebangsaan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepertinya berdepan isu dengan pemain muda tersebut.
Skuad Harimau Malaya dilihat sedang membuat persiapan menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang Turkmenistan pada Khamis dan Hong Kong pada Selasa depan.
Kedua-dua perlawanan itu bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor dengan venue utama pasukan negara, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sedang dinaik taraf. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram