Lagi pemain naturalisasi bakal disambar Harimau Selatan?


  • Podium
  • Isnin, 20 Mac 2023

Paulo Josue menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya di pusat latihan JDT. — Facebook/ FAM

SKUAD Johor Darul Takzim (JDT) dikhabarkan akan menambah kekuatan pasukan selepas seorang lagi pemain berstatus naturalisasi dikhabarkan akan menyertai kelab Harimau Selatan.

Jika sebelum ini ada usikan di laman sosial yang mengaitkan tonggak naturalisasi baharu KL City FC, Paulo Josue ke JDT.

Ini selepas fotonya bersalaman dengan pemilik kelab itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) ketika menjalani latihan bersama skuad kebangsaan, menjadi buah mulut peminat bola sepak tanah air.

336361347_1539822569858986_4436110121236635200_n

TMJ bersalaman dengan Paulo Josue ketika pemain itu menjalani latihan bersama skuad kebangsaan di pusat latihan JDT. — Facebook/ FAM

Namun terbaharu, rakan sepasukannya di skuad The City Boys yang disebut-sebut bakal menyarung jersi Harimau Selatan selepas bertukar status kepada 'anak tempatan' pada tahun depan.

Perkhabaran itu dikongsikan menerusi satu ciapan oleh penyokong tegar JDT, Juan Bapakaw apabila dia memberi bayangan bahawa JDT akan mendapatkan seorang lagi pemain naturalisasi pada musim depan.

"Demi menjaga keharmonian netizen, eloklah saya berhenti berseloroh tentang seorang pemain 34 tahun ke JDT dan tarik perhatian kepada seorang pemain berumur 25 tahun dari Colombia yang bakal masuk JDT musim depan setelah selesai proses naturalisasi," katanya.

Screenshot 2023-03-20 193345

Berdasarkan ciri-ciri yang disebut itu, ramai yang mengaitkan bintang KL City FC, Romel Morales dengan khabar angin tersebut, lagi-lagi dia kini dalam fasa akhir untuk mendapatkan kerakyatan.

Pemain tersebut difahamkan berusia 25 tahun dan sudah cukup tempoh untuk dinaturalisasikan pada tahun hadapan.

Sekiranya ia benar-benar direalisasikan, ia bakal memberi nilai tambah yang cukup baik kepada JDT dalam usaha mempertahankan kejuaraan yang dimiliki selain mempersiapkan pasukan dalam saingan lebih tinggi di peringkat Liga Juara Juara Asia (ACL).

Romel-Morales-KL-City-FC-Harimau-Malaya

Romel Morales (kiri) bakal dinaturalisasikan pada tahun hadapan. — Facebook

JDT sebelum ini sudah pun mendapatkan khidmat pemain naturalisasi seperti Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi (pinjaman ke Terengganu FC) dan Guilherme De Paula (Melaka FC).

Pemain berstatus naturalisasi lain ialah, Endrick dos Santos yang kini cemerlang apabila menjaringkan tiga gol dalam empat penampilan pertamanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram