SEJAK bermulanya musim baharu Liga Super pada Februari lalu, Selangor FC dilihat semakin menunjukkan taringnya.
Meskipun baru mengutip tujuh mata dan menang dua daripada tiga perlawanan, pencapaian Selangor FC yang kini berada di tangga ketiga Liga Super sudah cukup membanggakan.
Apatah lagi, pemain sayapnya, Faisal Halim sudah mencatat tiga bantuan jaringan setakat tiga perlawanan yang disertai musim ini.
Aksi Mickey (tengah) ketika menentang Sri Pahang FC baru-baru ini. — Selangor FC
Di sebalik pencapaiannya itu, ada segelintir 'haters' yang mempersoalkan jumlah jaringan bekas pemain Terengganu FC itu setakat ini.
Namun, seorang penyokong Selangor FC tampil mempertahankan pemain berusia 25 tahun tersebut.
Syah White berkata: "Ni haters tak faham bila sibuk tanya bila nak gol, berapa gol. Position dia winger dan tugas dia assist. Kalau dapat gol tu bonus, dia bukan striker. Adoi jammed."
Antara sesi latihan Mickey ketika bersama Selangor FC. — Selangor FC
Pemain yang terkenal dengan jolokan Mickey itu sebelum ini pernah menabur bakti bersama Terengganu FC (TFC) pada musim 2015 hingga 2016 dan juga ketika tahun 2008 sehingga 2011 iaitu ketika di bawah bimbingan Irfan Bakti.
Terdahulu, selepas digugurkan dari senarai pemain TFC pada musim ini, Selangor dengan pantasnya mengumumkan Faisal sebagai pemain baharunya bagi memperkuatkan lagi jentera serangan pasukan dalam menghadapi saingan 2023.
Untuk rekod, tonggak Harimau Malaya itu adalah pemain skuad kebangsaan ketiga yang dibawa masuk Selangor selepas merekrut V Ruventhiran (Petaling Jaya City FC) dan Ahmad Khuzaimi Piee dari Negeri Sembilan FC.
Selangor FC akan bertembung dengan Penang FC dalam perlawanan Liga Super seterusnya pada Ahad ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram