Skuad Jang kecundang lagi, 2 perkara disedari penyokong


  • Podium
  • Ahad, 29 Jan 2023

Skuad Jang dilihat tidak mempamerkan prestasi permainan yang baik pada aksi pada perlawanan persahabatan menentang Kelantan United pada Sabtu. — Facebook

PERLAWANAN aksi pra musim Negeri Sembilan FC (NSFC) menentang Kelantan United FC pada Sabtu lalu berakhir dengan kekecewaan apabila pasukan tersebut tewas 0-2 di Stadium UPM, Serdang, Selangor.

Walaupun dilihat baru sahaja mengambil beberapa pemain tempatan berkualiti, namun dilihat skuad Jang tidak mempamerkan prestasi permainan yang baik pada aksi pada perlawanan persahabatan itu.

Hal itu kerana, skuad kendalian K. Devan pada musim lalu berjaya menamatkan saingan di tangga keempat dengan berjaya mengumpul 41 mata daripada 12 kemenangan walaupun dilabel sebagai pasukan 'underdog' oleh sesetengah penyokong.

Ekoran daripada kekalahan tersebut, peminat fanatik skuad Jang, Fazrul Ayoi merasakan pasukan tersebut kekurangan dua faktor utama untuk menyerlah pada musim ini.

1885361

Segelintir penyokong merasakan dalam aksi persahabatan itu, barisan serangan skuad Jang dilihat kurang menyerlah. — Facebook

Perkara itu diluahkan olehnya di halaman Facebook NSFC pada Ahad.

"Full time (masa penuh) NSFC 0-2 Kelantan United. Masih mencari keserasian lagi,NSFC hanya bermain dengan satu import (Safuwan Baharudin) sahaja pada perlawanan persahabatan malam tadi," katanya.

Jika dilihat pada rombakan pemainnya untuk musim depan, NSFC dilihat membuat rombakan besar-besaran bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2023.

Ini adalah kerana hanya pihak pengurusan pasukan tersebut membuat rombakan pemain secara besar-besaran dan hanya beberapa pemain asal dikekalkan.

Sepanjang jendela perpindahan, pasukan di tangga keempat Liga Super 2022 itu mengambil keputusan untuk melakukan rombakan besar-besaran dengan membawa masuk wajah baharu bagi menggantikan mereka yang berhijrah.

Ini menyebabkan pasukan itu belum ada keserasian dalam kalangan pemain ketika menentang skuad Kijang Hijau pada perlawanan tersebut.

Pada masa sama, penghijrahan penjaga gawang terbaik mereka, Syihan Hazmi ke kelab Johor Darul Takzim (JDT) sedikit sebanyak dilihat mengganggu percaturan NSFC.

Sebelum ini skuad Jang boleh dikatakan berada dalam kedudukan yang selesa dengan adanya benteng pertahanan yang kukuh.

301695583_478519827489850_5944964427866767288_n

Penghijrahan penjaga gol , Syihan Hazmi ke JDT sedikit sebanyak dilihat menggangu percaturan permainan pemain NSFC. — Facebook

Malah, kehadiran pemain importnya Safuwan juga dikatakan gagal menunjukkan prestasi yang terbaik.

Pada masa sama, ada juga penyokong yang merasakan barisan serangan skuad Jang dilihat kurang menyerlah untuk menyudahkan peluang yang dihidangkan.

Hal itu dikatakan berpunca daripada ketiadaan pemain berkualiti di posisi itu di samping usia kapten, Zaquan Adha yang semakin lanjut.

Walaupun hanya perlawanan persahabatan, namun perkara ini boleh dijadikan 'wake up call' buat skuad NSFC kerana sekiranya berlanjutan ia boleh memudaratkan pasukan apatah musim depan mereka akan berhadapan dengan pasukan-pasukan yang kuat pada saingan Liga Malaysia kali ini.

Penyokong juga berharap agar kesemua pemain pasukan kesayangan mereka itu mencari titik keserasian yang sempurna supaya dapat memberikan kelainan sekali gus membawa pasukan tersebut ke arah yang lebih baik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram