[VIDEO] Aksi rebut Piala MB Kelantan 'panas', pemain liga bola sepak kampung bergocoh depan gawang


  • 112
  • Isnin, 23 Jan 2023

Tangkap layar menujukkan pergaduhan diantara dua pasukan bola sepak yang berlaku di Kota Bharu, Kelantan

PERLAWANAN bola sepak tidak kira di peringkat apapun ada kalanya tidak terlepas daripada dicemari insiden provokasi sama ada daripada penyokong atau pemain pasukan bertanding itu sendiri.

Terbaharu, rakaman video memaparkan pergaduhan di antara dua pasukan bola sepak di padang bola sintetik Padang Perdana, Kota Bharu, Kelantan yang tular di media sosial pada Sabtu.

Video berdurasi kurang seminit itu dimuat naik di halaman Facebook Zunar Cartoonist Fan Club .

"Video tumbuk menumbuk dan aksi pergaduhan pemain bola sepak Kok Lanas lawan Gual Periok. Sempena merebut Piala MB Kelantan di padang Kota Bharu," katanya.

Namun, punca sebenar perbalahan itu berlaku tidak dikeketahui dan berdasarkan rakaman tersebut, kedua-dua pasukan kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan.

Pada masa sama, turut berlaku insiden tumbuk-menumbuk diantara satu sama lain. Insiden berkenaan berjaya dirakam oleh orang awam yang menonton perlawanan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai insiden tersebut.

"Pada 22 Januari 2023 pukul 10.30 pagi, satu video berdurasi 30 saat dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Zunar Cartoonist Fan Club, memaparkan kejadian pergaduhan diantara pemain semasa perlawanan bolasepak Liga Piala MB Kelantan 2022.

"Insiden pergaduhan itu melibatkan pasukan Kok Lanas dan pasukan Gual Periuk pada 20 Januari 2023 pukul 5 petang di padang sintetik Jalan Mahmood, Kota Bharu,Kelantan.

"Namun, tiada laporan polis dibuat oleh kedua-dua pasukan terlibat. Insiden yang berlaku diselesaikan semasa perlawanan oleh kedua-dua pasukan berkenaan dan pihak penganjur.

"Perlawanan berkesudahan Kok Lanas mengalahkan pasukan Gual Periuk dengan 3-2," katanya dalam satu kenyataan media. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram