Mesin HM dah panas enjin jumpa Thai, berikut 4 poin aksi Malaysia-Singapura sebelum ke semi final


  • Podium
  • Rabu, 04 Jan 2023

Aksi skuad kebangsaan ketika memenangi perlawanan pada Selasa. — FAM

SKUAD Harimau Malaya mencatat kemenangan 4-1 ketika perlawanan menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Selasa malam.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan skuad kebangsaan muncul sebagai semifinalis Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.

Malaysia selepas ini bakal bertembung Thailand pada 7 dan 10 Januari ini.

Tatkala rakyat Malaysia teruja dengan kemenangan itu, pasti ada detik-detik yang menjadi perhatian ramai ketika pertembungan Causeway Derby tersebut.

Berikut antara 'talking point' yang menjadi buah mulut penyokong bola sepak tanah air terhadap permainan ditunjukkan anak buah Kim Pan-gon.

1) Libasan nakal Safawi

323879485_714815746699265_6396896808680193825_n

Aksi Safawi ketika menentang The Lions. — FAM

Libasan nakal pemain sayap, Safawi Rasid pada minit ke-21 boleh mengundang padah apabila dia hampir dilayangkan kad merah.

Ini selepas dia dilihat 'menumbuk' pemain pasukan lawan, seterusnya menyebabkan perlawanan terhenti seketika.

Namun, dia akhirnya menebus kesilapan apabila melakukan hantaran gol kepada Darren Lok dan Stuart Wilkin.

Aksi Safawi menerima pujian penyokong yang rata-ratanya menyifatkan persembahannya semakin baik berbanding perlawanan sebelum ini.

Aizam Yusoff menulis: "Excellent... assist dari Safawi.. dia sejak keluar dari 'Jelatan' perform balik dah kan.Alhamdullilah, amin."

Faizan Inzam berkata: "World class goal dari hantaran kaki kanan Safawi.Terbaik la."

Tulis Amitahb Hasan: "Mahal hantaran kaki kanan Safawi... Darren finishing padu.

2. Tandukan Mickey

321803145_910277260341033_2688934577209193652_n

Aksi Mickey (kiri) ketika menentang Singapura pada Selasa. — FAM

Meskipun berbadan kecil dan hanya mempunyai ketinggian 160 sentimeter (cm), ia bukanlah penghalang buat kapten Harimau Malaya, Faisal Halim untuk menanduk tinggi bola ke gawang pihak lawan.

Walaupun dua kali percubaannya menanduk bola gagal pada minit ke-10 dan ke-18, aksi Faisal atau Mickey wajar dipuji apabila 'rakus' menyerang.

@arsyad_azri menulis: "Tinggi ha**t. Tapi header Faisal Halim juga yang menang."

Tambah @Muhamadmat94: "Faisal Halim kecil-kecil cili api dia. Dapat gak tanduk walaupun rendah. Baik siuuuuuu...."

Mulya Fuadh Sinammur berkata: "Faisal Halim heading ability is very impressive for a 160cm guy."

Tulis @AzrielMohamad: "Faisal Halim buktikan pendek bukan alasan untuk tidak memenangi bola tinggi."

3. Mukhairi 'out touch'

323887240_450214277320511_5962762085411555046_n

Antara aksi Mukhairi sempat dirakam. — FAM

Persembahan ditunjukkan pemain tengah, Mukhairi Ajmal Mahadi pada perlawanan itu dilihat agak mengecewakan penyokong tanah air.

Sejak sentuhan pertama lagi, corak permainannya dilihat kurang memuaskan, yang mana dia selalu hilang peluang untuk merebut bola.

Selain itu, ada juga penyokong mempersoalkan kewujudannya bermain di atas padang dalam perlawanan tersebut.

@PumpedWalrus67 berkata: "Mukhairi. Weyh mat kau kena improve lagi serious talk ni. Dah berapa game kau up down, up down ni. Lepas ni nak semi dah. Tak boleh up down ni, kena consistent. Kena garang all the way."

@sasalalautd berkata: "Mukhairi ni betul ke ex-AMD? First touch standard budak sekolah menengah je."

Muhammad Haziq menyindir: First touch tolong baiki bagi melekat sikit. Letak gam kat kasut macam main bola baling.

Tulis @yusodluqman: "Mukhairi macam ada takde je. Malaysia main 10 orang."

@rzmnrm menambah: "Mukhairi main ke tak second half ni. Macam tak wujud je."

4. Oh La La Stuart Wilkin

Dua jaringan cantik dihasilkan Stuart Wilkin menerima pujian sehingga pengulas menyebut perkataan 'Oh La La'.

Ini juga membuktikan bahawa pemain tengah itu sedang membalas kepercayaan Pan-gon yang menawarkannya menyertai Piala AFF kali ini.

Nurnazurah Binti Imran menulis: "Garang ye malam ni. 2 gol terus."

Tambah Muhammad Farid: "Gila padu mesin padi ni."

Sudir Amiruddin berkata: "Bangga wooo sebagai orang Sabah, 2 gol pemain daripada kelab Sabah. Ayokk Malaysia!"

Ujar Rozsland Irfan Farisha: Kiri kanan kaki hidup. Memang power."

Kata Donquixote Aha: "Menjadi dia malam ni." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram