Tiga 'kebodohan' Man United patut jadi teladan kelab bola sepak tempatan


  • Podium
  • Ahad, 14 Ogos 2022

Ada tiga 'kebodohan' Man United yang boleh dijadikan teladan untuk kelab bola sepak tempatan. — Facebook

KELAB Liga Inggeris, Manchester United (Man United) boleh dianggap antara gergasi bola sepak dengan jutaan penyokong di seluruh dunia.

Namun, disebalik kejayaan pasukan itu dalam liga, ada beberapa 'kebodohan' kelab tersebut yang boleh dijadikan pengajaran bagi pasukan bola sepak tempatan.

1) Kelab dijadikan alat keuntungan peribadi

Seorang pengguna twitter, Rimau XI berkata, ada tiga kebodohan Manchester United yang boleh dijadikan pengajaran iaitu yang pertama, kelab dijadikan alat untuk keuntungan peribadi.

skysports-manchester-united_5863782

Man United menjadi kelab bola sepak yang diambil untuk kegunaan peribadi. — Agensi

"Pemiliknya, adik beradik Glazers telah mengambil alih kelab dengan cara berhutang dan kini jumlahnya telah mencapai separuh bilion.

"Di samping itu, Glazers telah mengambil dividen daripada kelab melebihi RM5.3 juta," katanya.

Di Malaysia, katanya, ramai pihak yang menjadikan kelab sebagai alat kepentingan peribadi antaranya menjadikan bola sepak sebagai kegunaan politik kepartian.

Selain itu jelasnya, ejen-ejen akan push stok pemain yang tidak laku dan kemudian memperkenalkan jurulatih dan pemain lain sebagai ganti.

Tujuan seterusnya kata Rimau XI, adalah menjadikan bola sepak sebagai alat untuk mengalihkan perhatian masyarakat kerana pendapatan kelab dalam liga Malaysia ada yang datang daripada projek yang memusnahkan alam sekitar.

2) Tiada hala tuju pengambilan pemain

Menurut Rimau XI, apa yang terjadi kepada Man United adalah pasukan itu memerlukan pemain defensive midfielder tetapi membeli pemain di posisi lain.

Jelasnya, perkara itu dilakukan semata-mata untuk menyedapkan hati penyokong ketika pra-musim.

Daniel-1-600x400

Kemasukan Daniel Ting dari KL City FC ke JDT mengundang kontroversi. — Facebook/ Johor Southern Tigers

Selain itu katanya, terdapat Man United juga sering terbabit dengan drama perpindahan yang berlanjutan dan melepaskan pemain sebagai ejen bebas.

"Di Malaysia pula, kelab-kelab juga membazir duit pampasan apabila kerap menukar jurulatih dan pemain import. Tak kurang juga drama perpindahan tebus kontrak dan kelab proksi," katanya.

3) Tukar jurulatih, pemain import macam tukar baju

Jurulatih dan pemain import di Liga M umpama menyalin lampin pakai buang sedangkan bajet ada ada sepatutnya digunakan untuk lampin kain.

"Ejen seronok dapat komisen bila jurulatih dan pemain bertukar ganti.

"Malang jika jurulatih dijadikan kambing hitam, walaupun pemain yang dibawa masuk bukannya pilihannya.

Gamel-2-1

Jurulatih Sri Pahang, Christophe Gamel disingkirkan sebelum tamat musim Liga Super sebelum digantikan jurulatih interim, Datuk Dollah Salleh. — Facebook/Sri Pahang

"Lebih-lebih lagi jika ada pengurusan yang makan duit tepi dengan membawa masuk jurulatih dan pemain import baharu," katanya.

Tiga kebodohan itu kata Rimau XI mempunyai jalan penyelesaian iaitu yang pertama, kepentingan kelab sepatutnya melebihi kepentingan peribadi.

Ujarnya, selagi mana kelab dijadikan alat untuk kepentingan peribadi, bina populariti, pengaruh politik atau songlap duit, selagi itu kelab akan ketinggalan.

"Kedua adalah pengurusan sepatutnya mengkaji pemain sebelum menghubungi ejen dan bukannya meminta menu kepada ejen yang kemudian akan menghidangkan stok yang tidak diingini liga lain.

"Terakhir ialah jangan bergantung kepada satu ejen sahaja kerana jika hampir separuh pemain dalam kelab datang daripada satu ejen, maka kelab itu sebenarnya sudah dikawal ejen.

"Lebih-lebih lagi jika jurulatih pun datang daripada ejen yang sama. Lainlah jika ejen itu telah sembah taat setia kepada pemilik kelab berkenaan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram