‘Sama kuat dengan JDT II, Perak hanya kurang satu faktor untuk menang’


  • Podium
  • Ahad, 14 Ogos 2022

Kekalahan itu meletakkan Perak FC pada kedudukan kesembilan, manakala JDT II menduduki tempat kedua dengan 30 mata. — Facebook Perak FC

GAGAL mengekalkan rentak kemenangan, Perak FC terpaksa akur kalah tipis 0-1 di tangan Johor Darul Takzim II (JDT II) pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, di Pasir Gudang, Johor, Sabtu.

Gawang The Bos Gaurus yang dijaga oleh penjaga gol, Zamir Selamat berjaya ditewaskan oleh pemain pertahanan Harimau Selatan, Feroz Baharudin pada babak kedua perlawanan.

Bagi penyokong, perlawanan itu cukup sengit apabila kedua pasukan mempamerkan kekuatan mereka namun nasib lebih berpihak pada pasukan Harimau Selatan.

Meskipun penyokong tegar skuad The Bos Gaurus berpuas hati dengan corak permainan skuad di bawah bimbingan Yusri Che Lah itu namun mereka tidak berpuas hati dengan bahagian serangan.

Perkara itu dapat disaksikan selepas Wan Zack Haikal dikeluarkan pada minit ke-43, Perak FC seakan-akan mengalami ketumpulan penyudah pada perlawanan itu.

WhatsApp Image 2022-08-14 at 2.58.05 PM

Antara aksi Perak FC menentang JDT II pada Sabtu. — Facebook Perak FC

“Cantik perlawanan malam ini ade fight. Cuma penyudah tiada selepas Wan Zack keluar. Lagipun JDT kita tahu jauh lebih bagus dan ada penganalisis game lawan. YCL (Yusri Che Lah) masih cuba kesebelasan utama dari perlawanan hari itu. Apa-apa pun perlawanan menarik, fokus untuk perlawanan nanti pula,” kata Harry Muhammad.

“Corak permainan dah okay. Cuma belah serangan kena lagi kreatif. Main one touch saja jangan pegang bola lama sangat masa dekat dengan pintu gol lawan. Apa-apa pun malam ini tiada rezeki, lawan JDT, away pula itu. Kalau seri pun kira bagus sangat dah. Good job semua,” ujar penyokong, Mohd Faiz Hakimi.

“Masalah kita adalah bahagian serangan.. Dan masalah paling besar adalah Randi Baroh.. Aku meluat tengok dia main, akhirnya menyusahkan pasukan..Game dah cantik, penyudah masalah... Wan Zack keluar, terus hilang taring bahagian serangan, “ kata Mohd Ridduan Md Abu.

Meskipun dengan kemasukan penyerang import baharu iaitu Stipe Plazibat dari Croatia, namun pemain berusia 32 tahun itu seperti kurang memberi impak buat skuad The Bos Gaurus.

Kekalahan itu meletakkan Perak FC pada kedudukan kesembilan, manakala JDT II menduduki tempat kedua dengan 30 mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram