SEORANG remaja perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol dan cabul tiga lelaki di rumahnya sendiri.
Suspek sebelum itu telah menakut-nakutkan mangsa dengan mengugut menyebarkan video lucah mangsa dengan kekasihnya.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Cirebon, Komisioner Anton berkata, suspek telah mengugut mangsa untuk menyebarkan video lucahnyanya.
"Mangsa kemudiannya dicabul dan dirogol oleh tiga orang suspek di rumahnya sendiri yang terletak di Kabupaten Cirebon, Jawa Barat.
"Sebelum kejadian, mangsa mengaku melakukan hubungan seks dengan kekasihnya.
"Suspek juga mengambil kesempatan merakam video tersebut," katanya.
Menurut Anton lagi, remaja perempuan itu takut video aibnya itu disebarkan dan diketahui ibu bapa.
Mangsa akhirnya terpaksa menuruti permintaan tiga orang suspek tersebut.
"Mangsa dirogol suspek pertama dalam bilik tidur mangsa dan kemudianya suspek yang kedua merogol mangsa di rumah sebelah.
"Suspek ketiga pula mengambil kesempatan untuk mencabul remaja itu di rumah mangsa," jelasnya lagi.
Menurut Anton, dua orang suspek telah ditahan selepas mangsa membuat laporan polis bersama ibu bapanya.
"Kami masih lagi mencari seorang suspek yang terlibat dalam kes tersebut," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram