Kejutan Sang Seladang jika Harimau Kumbang tidak berhati-hati


  • Podium
  • Jumaat, 13 Mei 2022

Aksi pemain Penang FC ketika mengadakan sesi latihan baru-baru ini. — Facebook Penang Football Club

PARA penyokong mungkin ternanti-nanti akan perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Penang FC dan Perak FC pada Sabtu ini.

Masakan tidak, kebanyakan pemain Penang FC seperti Hafizul Hakim dan Adib Raop yang berhijrah dari Perak FC ke Penang FC tentu menjadi antara tumpuan pada perlawanan berkenaan.

Tambahan pula, kedua-dua pasukan dilihat masih bergelut dalam saingan liga masing-masing.

Penang FC di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Manzoor Azwira masih tercari-cari kemenangan pertama dalam Liga Super manakala Perak FC pula baru menarik nafas lega selepas diambil alih oleh syarikat telekomunikasi, XOX Bhd.

Menjengah ruangan komen di media sosial, seorang penyokong Penang FC, Kenneth Chew tidak mahu skuad Harimau Kumbang mengambil mudah tentang cabaran yang bakal dibawa Perak FC.

Screenshot 2022-05-12 174254

Tangkap layar komen Kenneth Chew di laman Facebook.

Ujarnya, Manzoor Azwira tidak seharusnya menurunkan skuad simpanan dalam perlawanan tersebut.

Sekiranya perkara itu berlaku, katanya, ia mungkin akan membahayakan Penang FC kerana Perak FC boleh melakukan kejutan sekiranya tidak mengambil langkah berhati-hati.

Justeru, dia menyarankan Penang FC untuk menurunkan tiga atau empat pemain skuad utama terlebih dahulu dalam perlawanan tersebut.

"Kalau ada rezeki dahului dengan 2 gol, kita boleh rehatkan para pemain utama kita.

"Kalau kita kalah dengan Perak nanti, saya tak tahu apa reaksi fans (peminat) nanti.

"Apa pun, yakin dan percaya dengan diri kita," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram