Penyokong Perak FC tegur rumput padang latihan tidak terurus, tapi kena bayar


Rata-rata peminat turut teruja melihat pemain kembali mempersiap diri untuk menghadapi perlawanan yang akan datang.

BELUM sampai seminggu meraikan Aidilfitri, pasukan Perak FC dilihat sudah mula menjalani latihan sebagai skuad di bawah naungan pemiik baharu, XOX Bhd.

Perkara itu dikongsi akaun Facebook, Perak Football Club, yang memuat naik berapa gambar sesi latihan pasukan berkenaan.

Hantaran itu turut disertakan dengan status ringkas, "Back to work, Selamat lari raya."

Rata-rata peminat turut teruja dengan perkembangan itu terutama melihat pemain kembali mempersiapkan diri untuk menghadapi perlawanan yang akan datang.

Kebanyakan mereka mendoakan yang terbaik buat pasukan itu untuk 'comeback' selepas kemelut beberapa kontroversi termasuk pemilikan dan gaji pemain.

Seorang pemilik akaun, Are Ril menulis di ruangan komen turut mendoakan agar Perak FC kembali bangkit dan gembira melihat kelibat pemain di padang latihan.

"Baru nampak muka Indra Putra Mahayuddin, Wan Zack Haikal Wan Noor, Ahmad Syamim Yahya dan Zamir Selamat.

"XOX padu, selamat kembali Perak FC," tulisnya.

perak latihan 1

Sementara itu, pemilik akaun Mohamad Syafiq juga teruja melihat pemain kembali berlatih dan menyatakan bahawa dia percaya Perak FC boleh kembali bangkit dan mengumpul mata dalam Liga Primier.

"Seronoknya tengok, makin bersemangat, enam mata bukan halangan lagi," ujarnya.

perak latihan 2

Dalam pada itu, meskipun ramai yang teruja, pemilik akaun Abam Braderr pula meninggalkan komen tentang rumput di padang latihan Perak FC.

Pada pandanganya rumput di padang tersebut harus dipotong dan pengurusan Perak FC perlu menegur tentang perkara itu dengan pihak berkaitan.

"Tidak kira siapa yang menjaga padang, kalau rumput pun tidak boleh jaga susahlah begitu.

"Pengurusan Perak FC juga perlu tegur, padang itu bukan diguna secara percuma perlu bayar juga," komennya.

perak latihan 3

Bagi perlawanan seterusnya, Perak FC bakal bertemu dengan pasukan Projek FAM-MSN untuk aksi Liga Primer pada 11 Mei 2022, manakala untuk Piala FA, pasukan itu akan bertemu dengan Penang FA pada 14 Mei 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram