1,000 penyokong terawal Perak FC dapat saksikan perlawanan di stadium Cheras secara percuma


  • Podium
  • Rabu, 11 Mei 2022

Perak FC akan menentang Skuad Projek FAM-MSN dalam aksi Liga Premier pada Rabu. — Perak FC

PENYOKONG Perak FC berpeluang menyaksikan perlawanan Liga Premier antara kelab itu dan Skuad Projek FAM-MSN pada Rabu secara percuma.

Menurut Perak FC, tiket percuma bakal diberikan kepada 1,000 penyokong terawal yang hadir ke Stadium Bola Sepak Kuala Kumpur, Cheras untuk menyaksikan perlawanan itu.

Tambahnya, penyokong The Bos Gaurus yang hadir diminta untuk masuk melalui pagar B3.

Ini merupakan perlawanan Perak FC selepas pasukan itu diambil alih oleh XOX Bhd daripada Impact Media & Communications Sdn Bhd (IMC) hujung bulan lalu.

Perak FC kini menduduki tangga tercorot Liga Premier dengan negatif enam mata berikutan pemotongan mata oleh Malaysian Football League (MFL) sebelum ini akibat masalah tunggakan gaji.

Pada 15 April lalu, MFL melaksanakan pemotongan enam mata kepada kelab itu, selepas tiga mata ditolak pada 1 April. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram