SEBELUM ini, nama bekas Ketua Jurulatih Penang FC, Tomas Trucha yang dicanang sebagai antara punca prestasi merudum skuad tersebut sehingga muncul #truchaout.
Terbaharu, Trucha telah disingkirkan daripada menjadi ketua jurulatih tetapi keputusan yang dicatat Penang FC menerusi perlawanan pada Selasa tetap mengecewakan apabila tumpas 2-3 ke atas KL City FC.
Rata-rata penyokong menyatakan bahawa punca kekalahan adalah disebabkan barisan pemain Penang FC yang cukup lemah walaupun kini skuad Harimau Kumbang itu diuruskan pengendali sementara, Manzoor Azwira.
Manzoor kini menjadi pengendali sementara skuad Harimau Kumbang.
Seorang penyokong Penang FC, Saiful Nizam Dato' Zakaria berkata, barisan pemain yang ada sekarang tidak mencapai tahap yang sepatutnya.
"Hakikatnya, player Penang FC tahun ini below par. Tapi bayang-bayang kesebelasan utama dah nampak. Harap Manzoor rombak defense 100 peratus.
"Latiff boleh simpan. Rafael harap pulih cepat. DMF, Shukri boleh kekalkan. Saravanan, Daniel Ashraf, Adip Raof, Endrick D. Santos, Hilal El-Helwe dan Casagrande wajib ada," katanya.
Turut menyatakan perkara sama adalah Nuqman Akim Akim yang mahukan rombakan pemain besar-besaran dibuat dalam skuad Harimau Kumbang.
"Please management Penang Fc rombak player besar-besaran. Kalau boleh beri kepercayaan kepada Manzoor untuk pilihan player, saya yakin dan percaya ada sinar buat Penang FC," katanya.
Senarai kesebelasan utama yang beraksi menentang KL City Fc pada Selasa.
Yus Hanamichi pula menganggap apa yang berlaku kepada Penang FC musim ini sebagai peringatan buat pihak pengurusan.
"Lepas ni beringat, jangan kerana nak jimat, ambil player buangan. Ambil player yang pasukan lain dah tak mahu akhirnya jadi macam ini la.
"Boleh nampak perbezaan kualiti player kita macam mana. Sekarang ni daripada nak jimat, terus terasa rugi. Tolong rombak beberapa position yang kritikal untuk second transfer nanti," katanya.
Perlawanan antara KL City FC dan Penang FC diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Selasa.
Menerusi perlawanan itu, KL City FC menjaringkan tiga gol menerusi J. Partiban (minit 43), Romel Morales (55) dan Zhafri Yahya pada minit ke 78.
Selepas ketinggalan tiga gol, barulah skuad Harimau Kumbang tersedar daripada lamunan sebelum berjaya menjaringkan dua gol menerusi Endrick pada minit ke 80 dan Hilal pada minit ke 87. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram