5 kelab pilihan buat Vincent Tan jadi pencabar JDT


JDT mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara AFC 2022.

KEJAYAAN Johor Darul Takzim (JDT) mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022 pada Sabtu lalu membuatkan ramai pihak mula kagum dengan pasukan Harimau Selatan itu kerana berjaya mengalahkan kelab gergasi seperti Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai.

Kehebatan JDT turut menarik perhatian pemilik Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan dan menyifatkan kejayaan yang dicapai oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) merangkap pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim merupakan persediaan, perancangan rapi serta visi yang serius.

Menurut Vincent, kejayaan JDT itu boleh dijadikan ikutan terbaik buat seluruh kelab Liga Malaysia yang mana beliau percaya akan lebih banyak pasukan negara menjadi lebih berkualiti jika berhasil mengikuti rentak TMJ.

Kenyataan dari pemilik Kumpulan Berjaya itu menarik perhatian penyokong bola sepak tempatan sehingga mereka berharap agar Vincent boleh mengambil alih sebuah kelab di Malaysia untuk menjadi seperti JDT.

Pengguna Facebok, Mohd Nasir Asmuni mencadangkan, Vincent boleh mengambil kelab yang mempunyai penyokong yang ramai dan bantu untuk membentuk pasukan itu menjadi sebuah seperti Harimau Selatan ataupun boleh memberi saingan kepada JDT di Liga Malaysia.

komen2

Komen dari penyokong yang megharapkan agar Vincent mengambil alih sebuah kelab di Malaysia.

"Harap Vincent Tan ambil satu kelab di Liga Malaysia, buat macam apa yang TMJ lakukan di JDT. Ambil kelab yang ada penyokong kuat, jangan ambil kelab macam Petaling Jaya City, tiada penyokong yang kuat.

"Perak sudah ada pemilik baru, mungkin boleh ambil Penang FC ka, Melaka ka, barulah JDT ada saingan dalam liga Malaysia. Kelantan FC kalau kena jalannya pun akan pencabar kuat juga nanti sebab dia berada pada pengurusan yang betul. Ini persaingan yang sihat dalam liga," katanya.

Tidak kurang juga ada yang mencadangkan kelab gergasi utara iaitu Kedah Darul Aman (KDA) FC diambil alih oleh Vincent namun ada segelintir yang luahkan kerisauan jika kelab seperti skuad Hijau Kuning bertukar pemilik.

Antara kerisauan yang dirisaukan ialah isu anak jati dalam kalangan pemain yang dilontarkan oleh para penyokong tegar mereka.

"Mohon ambil kelab dari bawah yang tidak popular. Jangan ambil kelab negeri nanti kena kecam anak jati," ujar Jelan Mesran.

"Banyak campur tangan penyokong nanti. Nak pemain anak jatilah, KPI pun penyokong yang tentukan. Macam mana pemilik nak uruskan kelab. Asyik kena hentam saja. Lagi satu dia ini pun pengaruh politik kuat. Baik dia laburkan di kelab luar, tiada politik kacau," komen pengguna Facebook, Mohd Radzi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram