Geli tengok tidak berbaju, penyokong saran TMJ sumbang singlet buat ultras


  • Podium
  • Jumaat, 13 Mei 2022

Peminat lebih nampak menarik jika mereka menyorak dengan memakai baju. — Gambar hiasan

PENYOKONG fanatik atau lebih dikenali sebagai 'ultras' dalam dunia bola sepak tempatan bermula sejak 2007.

Sejak itu, banyak kelab tempatan memiliki ultras yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan sepanjang 90 minit permainan.

Salah satu ultras yang dikenali ramai adalah Boys of Straits (BOS) yang merupakan pemain ke-12 pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT .

Ultras tersebut juga merupakan 'tulang belakang' pasukan JDT dalam setiap perlawanan pasukan itu.

Namun, seorang pengguna Facebook, Bakar Ghaffar, mencadangkan agar pemilik kelab tersebut, Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya menyumbangkan singlet bagi ultras yang hadir di stadium.

WhatsApp Image 2022-05-12 at 12.31.46 AM

Tangkap layar komen Bakar Ghaffar di laman Facebook.

Ujarnya, ramai peminat dilihat tidak memakai baju dan perkara itu bukan sesuatu yang sopan bagi budaya di negara ini.

Meskipun berasa bangga dengan prestasi penyokong Harimau Selatan yang berterusan memberi semangat, namun, Bakar Ghaffar mengakui bahawa dia agak geli melihat mereka berlenggeng atau tidak berbaju ketika membuat sorakan.

"Sudah beberapa kali kedengaran pengulas memanggil mereka 'the shirtless fans' (penyokong tidak berbaju).

"Lebih nampak menarik jika mereka menyorak dengan berbaju," katanya menerusi ruangan komen di media sosial berkenaan.

Seperti yang kita sedia maklum, budaya para penyokong yang tidak berbaju merupakan perkara normal di luar negara.

Sebaliknya, tindakan tersebut disifatkan sebagai tidak sopan di negara ini yang masih mengamalkan adab ketimuran.

Malahan, perlawanan bola sepak bukan sahaja ditonton oleh golongan lelaki, malahan juga segenap masyarakat termasuklah kanak-kanak dan wanita. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram