Komplot penjaga gol NSFC-budak Milo bikin panas, amaran pengadil padah 10 minit tambahan memihak JDT


Penjaga gol NSFC, Syihan Hazmi dilihat berkata sesuatu kepada budak milo di tepi padang.

KEKALAHAN Negeri Sembilan FC (NSFC) ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Rabu nampaknya masih lagi berbekas di hati penyokong.

Apatah lagi itu adalah kekalahan pertama skuad Jang Hobin sepanjang Liga Super musim ini sekaligus menggugurkan pasukan itu ke daripada menjadi penghulu liga.

Namun, disebalik perlawanan semalam, aksi antara penjaga gol NSFC, Syihan Hazmi dengan budak milo (pengutip bola) di tepi padang antara yang menjadi tumpuan.

Beberapa aksi Syihan berkomplot dengan budak milo sehingga melengahkan masa perlawanan menjadi tumpuan penyokong yang dianggap tidak sepatutnya berlaku.

279804449_10224127642633857_5185191097038141236_n

Antara gelagat Syihan Hazmi bersama dengan budak milo sehingga mendapat perhatian pengadil.

Malah, menerusi perlawanan itu juga, dapat dilihat pengadil memberi amaran kepada budak milo itu kerana dilihat seperti sengaja lewat memberikan bola kepada pemain.

Warganet, Ridzuan Ibrahim berkata, permainan NSFC sudah cukup padu tetapi diganggu dengan aksi penjaga gol.

280695083_10159534862430772_3932428711556849593_n

Antara meme yang direka warganet melibatkan aksi Syihan Hazmi dan budak milo.

"Asyik baring injured. 15 minit terbaring tanpa henti. Siap deal dengan budak milo untuk lambatkan bagi bola kepada pemain sehingakan pengadil terpaksa bagi amaran kepada budak itu," katanya.

Eizz DL pula berkata, inilah padah mengajar budak milo main main kerana akhirnya memakan diri sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram