'Lakonan' mantap penjaga gol punca lebur rekod tanpa kalah NSFC


JDT berjaya menjaringkan gol pada minit akhir masa tambahan sekaligus menewaskan NSFC. — Bernama

PERLAWANAN derbi selatan antara Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan pada 11 Mei sangat mengujakan penonton.

Masakan tidak, kedua-dua pasukan mempunyai misi untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga dan ramai yang memuji aksi mati-matian NSFC berlawan dengan JDT.

Namun, disebalik kerancakan perlawanan itu, ramai penyokong skuad Jang Hobin dilihat tidak berpuas hati dengan penjaga gol mereka, Syihan Hazmi.

278703576_389086779766489_3850100396307864172_n

Syihan Hazmi beraksi baik dalam perlawanan menentang JDT namun dia dikatakan punca masa tambahan 10 minit diberikan.

Ramai yang menyatakan punca masa tambahan selama 10 minit diberikan adalah kerana kesilapan penjaga gol NSFC yang terlalu asyik berlakon sehinggakan masa perlawanan ditambah selama 10 minit.

Tambah memeritkan apabila JDT berjaya menjaringkan gol tunggal kemenangan dalam tempoh masa tambahan itu.

Seorang penyokong NSFC, Fikri Mazlan berkata, pemain NSFC bermain dengan sangat baik termasuk di bahagian pertahanan.

"Cuma penjaga gol yang lengahkan masa macam budak-budah. Siap bisik dengan budak milo suruh lengahkan masa.

"Separuh masa pertama belum pun habis pun masih nak lengahkan masa. Betul-betul nak seri dengan JDT. Bila dah kena masa tambahan 10 minit dan kena gol, kena la terima. Semuanya silap penjaga gol NSFC sendiri," katanya.

280660461_5127590500610883_5593537758509127358_n

Antara gelagat Syihan Hazmi yang sempat berbual dengan pengutip bola.

Seorang lagi penyokong, Qayyum Dela Vega turut menyatakan pendapat sama bahawa punca kekalahan NSFC adalah disebabkan penjaga gol.

"Semua salah penjaga gol. Dia seorang sahaja sampai 10 minit masa tambahan dapat. Terbaringlah, sakit kakilah sampaikan jurulatih, K Devan pun risau," katanya.

Menerusi perlawanan NSFC dan JDT, skuad Harimau Selatan berjaya menjaringkan gol pada minit ke 100 menerusi jaringan Fernando Martin Forestiere.

Kemenangan JDT itu juga berjaya membawa pasukan itu menjadi pendahulu liga dengan kelebihan satu mata di atas NSFC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram