'Melalak isu anak jati, gol pun pemain import yang skor'


  • Podium
  • Rabu, 11 Mei 2022

Ronald Ngah gagal membantu Kedah mencatat kemenangan walaupun meledak hatrik apabila seri 3-3 dengan PJ City malam semalam. — Facebook

SELEPAS segala cemuhan yang diterima oleh penyerang skuad Sang Kenari, Ronald Ngah Wanja akhirnya berjaya mencetak tiga gol pada perlawanan antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Petaling Jaya City (PJ City) pada Selasa.

Hatrik yang dilakarkan pemain dari Cameroon itu sedikit sebanyak membawa senyuman kepada para penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC walaupun pihak lawan menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir perlawanan yang menyaksikan keputusan seri 3-3.

Deretan jaringan dari pemain yang dikenali sebagai Pak Ngah itu, ada juga peminat bola sepak tempatan mempertikaikan isu anak jati susulan bukan pemain tempatan memberikan gol bagi pasukan Hijau Kuning berkenaan.

komen

Tangkap layar hantaran dari pengguna Facebook itu.

"Tidak malu ke pagi petang siang malam cerita anak jati akhirnya pasukan sendiri pun import yang habis jaringkan gol semua???," kata Jayy Selatan di hantaran Johor Southern Tiger (JDT) Official.

Persoalan itu dibangkit semula penyokong berkenaan kerana sebelum ini muncul isu dalam kalangan penyokong KDA FC yang iri hati dan mempertikaikan bahawa tiada pemain jati Johor yang boleh dibanggakan di sebalik pencapaian pada Liga Juara-Juara Asia (ACL).

"Melalak anak jati.. tapi bila import dia jaringkan gol bangga pulak," ujar seorang lagi pengguna media sosial, Mohd Zaiful MZack.

"Orang nak maju kena berani keluar dan majukan lagi,,ibarat beras berani kita keluarkan dan import negara luar..bukan nak jual dalam ni saja tiada kemajuan," komen dari pemilik akaun Daud Konoha Konoha.

"Nak ambil balik anak Kedah yang main dengan JDT dia kena jual 50 ekar hutan balak tu pun kalau pemain itu nak gaji setakat RM8 ribu siapa nak main. Dia pun gaji RM8 ribu di JDT gaji MB pun kalah," kata Syed Isahak.

Hasil seri menentang PJ City FC, KDA FC terus keciciran dua mata sekali gus meleburkan hasrat skuad itu untuk merampas kedudukan teratas Liga Super daripada Negeri Sembilan FC.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu hanya sekadar berpuas hati di kedudukan kedua Liga Super dengan 13 mata setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram