Di sebalik kebanjiran naturalisasi, Arif Aiman bukti pemain tempatan mampu berjaya


  • Podium
  • Rabu, 11 Mei 2022

Arif Aiman pada tahun lalu muncul sebagai pemain sayap muda termahal dalam Liga M.

PEMAIN muda Johor Darul Takzim (JDT), Arif Aiman Hanapi membuktikan bahawa pemain tempatan mampu melakar kejayaan di sebalik kebanjiran pemain naturalisasi dan pemain import dalam Liga Malaysia (Liga M).

Menerusi hantaran di laman Twitter, @garylugard berkata, meskipun pemain naturalisasi bukan pilihan untuk jangka masa panjang, namun ia boleh menutup peluang pemain tempatan atau anak jati negara ini untuk membuat penampilan.

"Tapi, tanpa naturalisasi selama ini pun, berapa ramai Arif Aiman yang berjaya dilahirkan kelab-kelab Liga M?

template (54)

Tangkap layar hantaran @garylugard di laman Twitter.

"Setakat ini, Arif Aiman berjaya atasi semua senarai yang dikatakan berjaya musnahkan bola sepak negara. Di JDT import ramai, naturalisasi pun ada, pemain warisan pun ada.

"Tetapi Arif Aiman masih antara pemain paling menyerlah dalam kalangan mereka," katanya yang juga salah seorang peminat bola sepak tanah air.

Mengulas lanjut, @garylugard berkata, Arif Aiman memanfaatkan sepenuhnya pemain-pemain yang ada di sekelilingnya.

Tambahnya, pemain berusia 20 tahun itu juga belajar dan bermain di samping pemain-pemain terbaik.

"And you will be the beast.

"Ini kalau kita sembang pasal development dan kemenjadian pemain yang dikendalikan kelab. Sekali lagi, berapa ramai Arif Aiman Liga M pernah hasilkan?" soalnya.

Sebelum ini, Arif Aiman yang juga pemain sayap Harimau Malaya pada tahun lalu muncul sebagai pemain sayap muda termahal dalam Liga M, apabila nilainya mencecah 125,000 Euro atau bersamaan RM600,000.

Nilai berkenaan dianggap cukup mahal buat pemain muda, malah dia turut berada pada kedudukan ketiga termahal sebagai pemain sayap tempatan di belakang Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh.

Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah berkata, nilai Arif yang juga tonggak utama JDT sememangnya mengejutkan ketika dia baru sahaja berusia 19 tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram