‘Sri Pahang patut dengar nasihat legenda pilih import, jangan hanya rujuk YouTube’


  • Podium
  • Selasa, 10 Mei 2022

Wajah gembira para pemain Sri Pahang ketika menewaskan KL City FC baru-baru ini. — Facebook/Sri Pahang FC

SRI Pahang FC yang menewaskan 2-1 ke atas Kuala Lumpur City (KL City) FC pada Sabtu lalu, sekali gus menjadikan kemenangan kedua skuad Tok Gajah itu dalam Liga Super musim ini.

Pada Selasa, Sri Pahang akan bertemu dengan Sarawak FC sebelum melayan cabaran skuad Projek FAM-MSN (Piala FA) dan Johor Darul Ta'zim (JDT) masing-masing pada 14 Mei dan 18 Mei.

Meskipun kekal utuh menyokong Sri Pahang, Din Patin percaya, pengurusan Pahang didakwa tidak mengambil tahu tentang pasukan itu terutamanya apabila tidak menggunakan kepakaran dan pengalaman bekas pemain import, Dickson Nwakaeme untuk mencari penyerang import di negara asalnya iaitu Nigeria.

Hal ini kerana katanya, ramai yang berbadan tegap dan berkemahiran tinggi yang sedang bermain di kelab-kelab di negara itu.

"Dickson (Nwakaeme) lebih tahu menilai karakter dan ciri-ciri seorang penyerang. Dia pun dah faham corak permainan Pahang.

"Mengapa aokme (kalian) kurang cerdik management oii...Ni bagi pegawai mana yang menilai taulah. Asyik silap dan salah beli je striker. Lantik jelah Dickson tu suruh cari.

"Benda senang jadi susahlah korang punya urus. Nonton kat YouTube je mana maunya," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

32a9f77e-3798-4e6a-b9d5-e187a4cc7ec6

Tangkap layar komen Din Patin dan Sukur Ishak di laman Facebook.

Menyokong hantaran tersebut, Sukur Ishak berkata, Nwakaeme menerusi satu wawancara dengan Harimau Malaya baru-baru ini ada menyebut bahawa beliau boleh membantu untuk memberi cadangan pemain terbaik di negaranya.

"Tapi dia sibuk sedikit sebab urus akademi bola. Tapi dia sayang betul dengan Pahang tu," dakwanya.

Untuk rekod, Nwakaeme pada Ogos tahun lalu mengumumkan persaraan daripada sukan bola sepak profesional pada usia 35 tahun.

Beliau telah mewakili 7 pasukan yang berbeza sejak 2008 bermula dengan pasukan Halmstad BK.

Nwakaeme telah tiba di Malaysia pada tahun 2013 dengan menyertai pasukan Kelantan. Namanya cukup popular dalam kalangan peminat bola sepak tempatan apabila membantu skuad The Red Warriors menjuarai Piala FA.

Pada tahun 2014, beliau berhijrah ke Kuantan menyertai pasukan Pahang dan berjaya membantu Tok Gajah memenangi dua gelaran pada musim tersebut iaitu juara Piala FA dan juara Piala Malaysia.

Sejak itu, dia terus menjadi pemain kesayangan para peminat Pahang dan khidmatnya juga ditagih sekali lagi pada musim 2019 untuk membantu jentera serangan.

Sebelum kembali ke pangkuan Pahang, Nwakaeme sempat beraksi di Ligue 1 Perancis bersama kelab Angers SCO selama setahun.

Pahang merupakan pasukan terakhir yang diwakili olehnya dan beliau kini beralih pada bidang kejurulatihan serta mempunyai akademi bola sepak sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram