Buang Za'tara simpan Billy, Sri Pahang didesak cari striker baharu


  • Podium
  • Khamis, 05 Mei 2022

Za'tara sekadar menjaringkan satu gol sejak awal musim tahun ini. — Sri Pahang

PRESTASI tidak menentu pemain penyerang Sri Pahang FC, Mahmoud Za'tara nampaknya mula tidak disenangi penyokong kelab tersebut yang mahukan pemain itu dibuang.

Setakat ini, Za'tara sekadar menjaringkan satu gol sahaja ketika bertemu dengan Melaka United yang menyaksikan Sri Pahang kalah 1-2.

Itu pun gol yang dijaringkan menerusi sepakan penalti.

Disebabkan itu penyokong Sri Pahang mula meluahkan bahawa Za'tara perlu dengan pemain lain yang mampu mencetak gol berbanding pemain yang berasal dari Jordan itu.

Apatah lagi dengan jendela pendaftaran pemain untuk musim 2022 akan dibuka bermula 28 Mei hingga 24 Jun, peminat sudah mula meminta jurulatih memilih pemain baharu.

Seorang penyokong Sri Pahang, Raja Kertas Hamba Abdi meminta supaya Za'tara dan Billy Ketkeophomphone dibuang manakala Sergio Aguero dan Lee Tuck dikekalkan.

WhatsApp Image 2022-05-05 at 12.52.12 PM

Billy (kanan) mendapat sokongan daripada penyokong untuk dikekalkan dalam Sri Pahang FC. — Sri Pahang

Namun, ada pula yang meminta supaya Billy dikekalkan sebaliknya Za'tara pula perlu diganti dengan pemain lain.

"Billy ok, tak perlu buang. Kekalahan baru-baru ini pun disebabkan Billy tiada. Dia dengan Azam ok tapi Za'tara memang perlu dibuang," kata Fadhli Arechiq.

Seorang lagi penyokong, Din Patin berkata, gandingan Billy dan Azam setakat ini sudah menunjukkan respons positif dan perlu dikekalkan.

"Masalah sekarang Sri Pahang langsung tiada penyerang yang boleh menjaringkan gol. Penyerang (Za'tara) yang menjadi masalah utama," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi penyokong, Syafiq Syazani pula mencadangkan supaya Sri Pahang mencari pemain lokal yang tengah menunjukkan prestasi positif.

"Beli pemain lokal yang tengah naik, contohnya Mukhairi Ajmal, Khuzaimi Piee, Yan, Mickey atau cari pemain Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram