Dua tonggak Sri Pahang 'cover' Zatara


  • Podium
  • Ahad, 08 Mei 2022

Antara aksi perlawanan pemain Sri Pahang FC dan KL City FC pada Jumaat. — Facebook Sri Pahang FC

MESKIPUN tanpa penampilan penyerang Jordan, Mahmoud Zatara, Sri Pahang FC masih mampu meraih kemenangan 2-1 menentang Kuala Lumpur FC pada Jumaat.

Dalam perlawanan Liga Super di Stadium KLFA, Cheras, Kuala Lumpur, gol Tok Gajah disumbangkan oleh Nor Azam Azih dan Manuel Hidalgo.

Nor Azam menghasilkan gol lencong gemilang dari jarak jauh susulan satu gerakan 'set-piece' yang dimulakan Hidalgo pada minit ke-32.

Sri Pahang kemudian memperoleh sepakan penalti dalam babak kedua selepas bola terkena tangan Declan Lambert dan Hidalgo tidak mensia-siakan peluang itu pada minit ke-78.

Dengan kemenangan itu, Sri Pahang melonjak ke tangga keenam liga dengan tujuh mata dan memintas KL City di tangga ketujuh dengan perbezaan jaringan biarpun Tok Gajah berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Kemenangan Sri Pahang itu merupakan kali kedua daripada enam perlawanan pada musim ini.

Rata-rata peminat memuji impak Nor Azam dan Hidalgo pada pertemuan menentang KL City tersebut.

Michael Angelo berkata, kedua-kedua pemain itu merupakan gandingan padu kerana dilihat bersemangat mahukan kemenangan itu.

"Samossa (Mamadou Samassa) malam ni perform baik. Cuma back 4 kena lebih alert. Nampak macam Johan Martial je berfungsi.

"Malik Mat Arif, Baqiudin kena pantas naik bagi support BL menyerang," katanya.

Mantera Mantera menulis: "Azam dan Hidalgo je yang boleh membantu Pahang ke depan,"

template (50)

Tangkap layar komen pujian peminat atas penampilan Nor Azam dan Hidalgo ketika menentang KL City FC.

Sementara itu, Mishabul Tolib berharap agar Nor Azam menjadi pemain pertama dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan atas kelebihan yang dimilikinya.

"Dia key player, playmaker, pakar free kick, semua dia," katanya.

Ju Denk berkata, Sri Pahang memerlukan pemain yang mempunyai pengalaman dalam Liga Malaysia.

Katanya, keadaan akan menjadi agak sukar sekiranya pasukan itu hanya mengharapkan Nor Azam untuk mengawal pemain muda hingga akhir musim.

"Mujur Hidalgo jenis matang dalam bola dapat support team," katanya.

Ahmad Faiz berkata: "Tahniah, sekali lagi Azam memang terbaik. Gol yang menutup mulut pengkritik Azam. Usaha terbaik daripada pasukan juga," — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram