Layak peringkat kalah mati ACL, JDT sebenarnya cipta dua sejarah


  • Podium
  • Ahad, 01 Mei 2022

SEBAHAGIAN daripada pemain JDT bertemu penyokong selepas berjaya layak ke pusingan seterusnya dalam ACL 2022.

AKSI Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) sebenarnya bukan sahaja diperhatikan penyokongnya, sebaliknya hampir semua penyokong kelab bola sepak tempatan bersatu berada di belakang JDT.

Kejayaan JDT untuk layak ke pusingan kalah mati dalam saingan ACL buat pertama kali selepas menewaskan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai 2-1 di Iskandar Puteri, Johor juga berjaya membuang semangat kenegerian yang sebelum ini cukup sinonim dengan bola sepak tempatan.

279578463_2277908699039083_328415464351919409_n

Pengendali JDT, Benjamin Mora (baju hitam) meraikan kemenangan pasukannya ke atas Ulsan Hyundai.

Seorang penyokong Kelantan United FC, Alexandria berkata, dia tumpang bangga dengan pencapaian JDT dan berharap pasukan itu akan terus membanggakan nama negara.

Selain itu, page Facebook Penyokong Bola Sepak Kedah turut berbangga dengan kejayaan yang dicapai JDT.

"Sejarah demi sejarah dicipta JDT. Tahniah JDT kerana layak ke perlawanan kalah mati. Anda memang terbaik," katanya.

279522520_2277977899032163_3669092141292503779_n

Sebahagian daripada aksi pemain JDT dalam usaha untuk mengekang pihak lawan menjaringkan gol.

Seorang lagi penyokong pasukan Sri Pahang FC, Niejam Speedy juga berbangga dengan pencapaian JDT yang dianggapnya berjaya menyatukan semua peminat bola sepak tempatan.

"Bertakung air mata walaupun saya penyokong SPFC. Inilah bola sepak, menyatukan kita semua untuk sokongan mana-mana pasukan dalam negara untuk mencapati kejayaan dan mencipta sejarah.

"Saya bangga sebagai rakyat Malaysia. Tengku Mahkota Johor (TMJ) sudah buat apa yang dikatakannya. Semoga SPFC juga mencontohi JDT kelak," katanya.

279290428_2277878555708764_8425591169490690303_n

Kesebelasan utama pasukan JDT yang beraksi dalam perlawanan menentang Ulsan Hyundai.

Untuk rekod, menerusi kemenangan terhadap Ulsan Hyundai, JDT berjaya bergelar juara Kumpulan I dengan mengumpul 13 mata sekali gus mengesahkan slot ke pusingan seterusnya.

Menerusi kumpulan itu, JDT sebenarnya bukanlah pasukan pilihan apatah lagi bersama dengan dua kelab gergasi Asia iaitu Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai.

Kawasaki Frontale merupakan juara empat kali Liga 1 Jepun (JI) dalam tempoh lima tahun manakala Ulsan Hyundai pula adalah juara ACL 2022 dan mempunyai rekod tanpa kalah setakat ini dalam Liga 1 Korea (K1 League). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram