[VIDEO] Jangan salah pilih, 3 golongan wanita tak boleh dipinang dijadikan isteri menurut hukum Islam


  • Mukmin
  • Jumaat, 06 Dis 2024

Memilih pasangan hidup adalah keputusan besar yang memerlukan pertimbangan teliti bukan hanya dari segi perasaan tetapi juga mengikut aturan agama.

MEMILIH pasangan hidup adalah keputusan besar yang memerlukan pertimbangan teliti bukan hanya dari segi perasaan tetapi juga mengikut aturan agama.

Dalam Islam, terdapat golongan-golongan tertentu yang diharamkan untuk dipinang dan memahami batasan tersebut adalah penting bagi memastikan orang Islam tidak tersasar dari ajaran yang benar.

Terdahulu pernah tular satu video parodi masuk meminang oleh Masjid Bandar Seri Putra berkenaan golongan yang tidak boleh dipinang atau disunting bagi dijadikan isteri.

BACA LAGI: [VIDEO] Ramai masih keliru hukum sebenar pegang al-Quran tanpa wuduk walaupun berlapik

BACA LAGI: Guna ubat kandungi sumber haram boleh jika darurat, tapi cukup ikut kadar diperlukan

Berdasarkan video berdurasi 1.32 minit menjelaskan terdapat tiga golongan yang tidak dibenarkan untuk dipinang menurut hukum agama Islam:

1. Tunang orang lain

Menurut pihak masjid jelas menyatakan adalah haram untuk meminang seseorang yang sudah bertunang dengan orang lain.

Nabi Muhammad melarang tindakan itu kerana boleh merosakkan hubungan yang sudah dijalin.

2. Perempuan dalam tempoh idah

Jelas pihak masjid, seorang perempuan yang masih dalam idah tidak boleh dipinang oleh lelaki lain kerana idah adalah tempoh menunggu yang diwajibkan oleh hukum Islam setelah perceraian atau kematian suami.

3. Isteri orang

Pihak masjid menjelaskan seseorang tidak boleh meminang atau menikahi isteri orang kerana mereka sudah terikat dalam perkahwinan yang sah.

Dalam pada itu, penulisan dari Hidayatullah ada menjelaskan golongan yang tidak boleh dipinang menurut hukum Islam antaranya wanita yang sudah dipinang lelaki lain.

Menurut penulisan itu, seorang lelaki tidak boleh meminang wanita yang sudah dipinang oleh lelaki lain kecuali jika lelaki pertama membatalkan pinangannya atau memberi izin.

Namun, jika lelaki pertama itu seorang fasiq, seorang lelaki yang lebih baik boleh meminang wanita tersebut untuk menghindari kerosakan.

Mengulas lanjut penulisan tersebut berkata, wanita dalam masa idah juga haram dipinang.

Meminang wanita yang sedang menjalani masa idah setelah kematian suami adalah dilarang secara terang-terangan.

Penulisan itu menjelaskan lagi haram meminang wanita dalam masa idah bagi talak satu atau dua.

Meminang wanita yang sedang menjalani idah kerana talak satu atau dua adalah dilarang oleh disebabkan statusnya masih sebagai isteri sah kepada suami yang menalaknya.

Golongan seterusnya adalah wanita dalam masa idah talak tiga.

Wanita yang diceraikan dengan talak tiga tidak boleh dipinang secara langsung namun, ada pendapat yang membolehkan meminang secara isyarat menurut penulisan tersebut.

Perkara itu adalah kerana wanita tersebut sudah putus sepenuhnya dari suaminya seperti yang terjadi pada Fatimah binti Qais yang dilamar oleh Usamah bin Zaid setelah masa idahnya tamat.

Oleh itu, pemahaman tersebut menunjukkan bahawa khitbah (pinangan) adalah langkah awal menuju pernikahan dan tidak boleh disalahgunakan sebelum adanya akad nikah yang sah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram