'Tabu tapi perlu tahu', ibu bapa 'open' dengar cerita anak, elak mereka lagi selesa kongsi dengan kawan


  • Mukmin
  • Rabu, 04 Dis 2024

Ibu bapa perlu membina hubungan yang sihat dengan mendengar dan memberi ruang kepada anak-anak mereka.

SIKAP orang tua terhadap anak terutamanya ketika mereka ingin berbicara atau meluahkan perasan sangat dalam membentuk pola komunikasi dalam keluarga.

Namun, sebahagian orang tua merasa tidak nyaman atau tidak selesa jika anak mereka bercerita secara langsung di hadapan mereka.

Hal tersebut sering kali disebabkan oleh corak didikan ibu bapa yang tidak memberikan ruang bagi anak untuk berbicara secara terbuka sejak kecil.

BACA LAGI: Ibu bapa perlu ambil iktibar kisah Nabi Yusuf, berlaku adil elak anak berasa cemburu, bertindak agresif

BACA LAGI: [VIDEO] Ramai masih keliru hukum sebenar pegang al-Quran tanpa wuduk walaupun berlapik

anak-menipu

Kurangnya komunikasi yang jujur antara orang tua dan anak boleh menyebabkan ketegangan dan merosakkan hubungan mereka. — Awal education

Penulisan buku Tonggak Pendidikan Anak yang ditulis oleh Dr. Adil Asy-Syiddiyan menjelaskan kesannya apabila anak meningkat remaja membuatkan mereka takut atau enggan berbicara jujur tentang masalah atau perkara baharu dalam hidup khususnya yang dianggap tabu seperti keinginan merasai minuman beralkohol, seks, menggunakan dadah atau berzina.

Hal itu kerana anak-anak lebih memilih untuk berbicara dengan rakan-rakannya daripada orang tua mereka sendiri.

Dalam topik 'Membuka kesempatan berbicara bagi anak', Dr Adil menyatakan sikap tersebut bertentangan dengan kaedah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam berinteraksi dengan umatnya.

Menurutnya, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah mengajarkan pentingnya mendengar dan memberi kesempatan kepada anak-anak untuk berbicara, bahkan ketika mereka meminta izin untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak.

Dr Adil berkata, pernah datang seorang pemuda kepada Nabi Muhammad SAW meminta izin untuk berzina dan baginda tidak menghukumnya, sebaliknya bertanya dengan baik, "Apakah engkau reda jika itu berlaku pada ibumu atau saudaramu? dan pemuda itu menjawab tidak.

Nabi kemudian mendoakan agar pemuda tersebut diampuni dosa-dosanya dan akhirnya dia berubah dan tidak lagi berniat untuk berzina.

Dr Adil mengulas Nabi Muhammad SAW tidak langsung menghakimi pemuda tersebut.

Sebaliknya, baginda memberikan ruang bagi pemuda itu untuk berfikir dan menyedarkan dirinya melalui pertanyaan yang memancing empati dan muhasabah.

Jika tidak ada kesempatan berbicara dan dialog yang terbuka, pemuda tersebut mungkin tidak akan berani mengungkapkan niat buruknya kepada Rasulullah, kata Dr Adil.

lp_fbbkmn1c

Anak-anak akan mudah meluahkan perasaan kepada rakan sekiranya ibu bapa mereka tidak bersikap terbuka. — UM+

Dari perspektif lain, Dr Adil mengulas terdapat pula contoh yang kurang baik dari sikap orang tua terhadap anak.

Beliau berkata, seorang ayah mengusir anaknya yang belum genap 16 tahun hanya kerana anak terlambat pulang menyebabkan anak tersebut berasa sangat terluka dan bersedih.

Katanya, dalam situasi seperti itu walaupun anak mungkin bersalah, kesalahan yang lebih besar sebenarnya terletak pada ayahnya yang gagal memberi kesempatan untuk dialog terbuka.

Menurut Dr Adil, kurangnya komunikasi yang jujur dan penuh pengertian antara orang tua dan anak boleh menyebabkan ketegangan dan merosakkan hubungan mereka.

Pada era kini, komunikasi terbuka antara orang tua dan anak amat penting kerana mengabaikan peluang berkomunikasi boleh memberi kesan buruk terutama ketika anak memerlukan bimbingan.

Oleh itu, orang tua perlu membina hubungan yang sihat melalui dialog seperti yang dicontohkan dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW yang mana orang tua perlu mendengar dan memberi ruang kepada anak untuk mengungkapkan perasaan mereka.

Dengan ini, hubungan keluarga akan lebih kukuh dan anak lebih bersedia menghadapi cabaran hidup.

Tambahnya, perkara itu jangan dibiarkan terlambat kerana jika komunikasi diabaikan anak mungkin enggan berbicara ketika kita memerlukannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram