ASTRO Malaysia Holdings Berhad (Astro), peneraju kandungan hiburan di Malaysia kini melancarkan kempen ‘Astro’s Big Thank You’, tentu sekali langkah untuk menghargai semua pelanggan setianya.
Memang menarik sekali kerana ini menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk sehingga 17 saluran tambahan percuma, naik taraf ke Ultra dan Ulti Box serta penebusan filem Astro First secara percuma yang pastinya memberikan pengalaman hiburan yang lebih istimewa buat setiap isi rumah pelanggan Astro.
Antara hadiah menarik yang ditawarkan adalah akses percuma untuk sehingga 17 saluran tambahan yang menyajikan kandungan filem, drama, berita, hiburan dan kanak-kanak.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Kesemua pelanggan akan menikmati saluran tambahan ‘Home of Kids’ (Saluran 100) bermula dari 1 hingga 31 Disember 2024.
Selain itu, terdapat juga penawaran naik taraf Ultra dan Ulti Box untuk pengalaman penstriman yang lebih lancar serta penebusan filem blokbuster dari Astro First yang boleh ditonton terus di rumah.
Kesemua tawaran itu dapat dinikmati tanpa sebarang kos tambahan dan pelanggan boleh menyemak kelayakan mereka untuk tawaran ‘Astro’s Big Thank You’ dengan memuat turun dan log masuk ke aplikasi My Astro.
Dalam pada itu, Ketua Jualan & Pemasaran Astro, Tai Kam Leong berkata, pelanggan merupakan nadi penggerak bagi setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh Astro.
Menurutnya, menerusi kempen ‘Astro’s Big Thank You’ pihak Astro menzahirkan penghargaan dengan ganjaran istimewa untuk meningkatkan pengalaman hiburan mereka.
"Ini adalah cara kami berterima kasih atas sokongan dan kesetiaan yang tidak terhingga dari pelanggan yang memilih Astro sebagai hab hiburan mereka," katanya.
Bagi memeriahkan cuti sekolah, kesemua pelanggan akan menikmati saluran tambahan Home of Kids (Saluran 100) dari 1 hingga 31 Disember 2024.
Saluran tersebut menyajikan kandungan pilihan dari Astro Ceria, Nickelodeon, Nick Jr., Moonbug, dan DreamWorks di samping menyokong acara Home of Kids yang akan berlangsung dari 26 hingga 29 Disember 2024 di IOI Convention Centre, Putrajaya.
Melalui inisiatif itu, Astro komited untuk terus memberikan hiburan premium yang mudah diakses kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan pelanggan.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, 'Jualan Jimat Besar' dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma.
Pelanggan juga boleh meningkatkan pengalaman penstriman mereka dengan Astro Fibre 500Mbps dan Pek Primary pada hanya RM149.99/sebulan (RRP: RM239.99) untuk 24 bulan.
Nikmati hiburan terbaik, semua dalam satu tempat! Untuk maklumat lanjut, log masuk ke aplikasi My Astro, layari astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Sebagai peneraju dalam industri hiburan Malaysia, Astro terus berinovasi untuk memberikan pengalaman hiburan terbaik kepada pelanggan di seluruh negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram