PERBINCANGAN hukum memegang al-Quran tanpa wuduk masih menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.
Walaupun ada yang beranggapan bahawa menggunakan kain sebagai pelapik boleh membenarkan tindakan tersebut hukum syarak jelas menyatakan sebaliknya.
Hal tersebut demikian kerana memegang al-Quran memerlukan seseorang harus dalam keadaan suci menyentuh kitab suci tersebut.
BACA LAGI: Guna ubat kandungi sumber haram boleh jika darurat, tapi cukup ikut kadar diperlukan
Berdasarkan perkongsian oleh pihak Masjid Bandar Seri Putra menerangkan situasi hukum seseorang memegang al-Quran dalam keadaan tidak berwuduk namun berlapik.
Perbincangan santai antara seorang jemaah dan seorang ustaz di masjid yang terletak di Kajang, Selangor itu menarik perhatian perdebatan warga maya di media sosial.
Video POV itu menunjukkan seorang individu keliru tentang hukum memegang mushaf al-Quran tanpa wuduk terutama ketika dia bertanya mengenai penggunaan kain sebagai pelapik.
Individu yang difahamkan seorang ustaz menerusi video berdurasi 1.32 minit itu dengan tenang menjelaskan bahawa memegang mushaf al-Quran tanpa wuduk meskipun dengan berlapikkan kain tetap diharamkan dalam Islam.
Beliau menegaskan bahawa seseorang yang ingin menyentuh atau membawa al-Quran mestilah dalam keadaan suci daripada hadas baik kecil mahupun besar.
Mengulas lanjut berkenaan hukum membawa al-Quran dalam beg tanpa menyentuhnya, ihak masjid menjelaskan dengan tegas bahawa hukumnya tetap sama iaitu haram.
Seseorang mesti berada dalam keadaan suci sama ada sedang memegang, membawa atau menyentuh al-Quran.
Dalam situasi lain, penulisan Mufti Wilayah Persekutuan secara jelas menyatakan wanita yang mengalami hadas haid atau nifas diharamkan memegang dan membawa mushaf al-Quran meskipun dengan menggunakan pelapik kain.
Perkara itu berdasarkan dalil al-Quran dan hadis yang menegaskan hanya orang yang bersih dan suci sahaja yang dibenarkan menyentuh al-Quran.
Firman ALLAH dalam surah al-Waqiah ayat 78 hingga 79 ada menyatakan jelas mengenai hukum tersevut.
(٧٩) فِي كِتابٍ مكنُونٍ (٧٨) لا يمسُهُ إِلا المُطهرُون
Maksudnya: “Yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara, (78) Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci (79).
Penulisan oleh Ainul Yaqin Bakharuddin ada menyebut hadis yang diriwayatkan Abdullah bin Umar yang menyatakan "Tidak menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci" menjadi dasar hukum ini.
Dalam pandangan mazhab Syafi'i, menyentuh mushaf termasuk dengan lapik kain tebal adalah tetap haram dan menjadikan kesucian diri adalah syarat mutlak bagi berinteraksi dengan kitab suci tersebut.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram