PERGADUHAN sepasang suami isteri yang turut disertai ibu mentua mereka bertukar tragedi apabila warga emas itu maut diterkam seekor harimau Siberia dalam kejadian serangan di sebuah zoo safari di Beijing, China baru-baru ini.
Difahamkan, pertengkaran bermula semasa mereka dalam perjalanan dan mangsa wanita itu membuat keputusan untuk keluar dari kereta selepas berlaku pertengkaran antara anak dengan menantunya.
Media antarabangsa melaporkan pasangan itu berada di kawasan haiwan buas secara terbuka tanpa dikurung.
Menerusi paparan video, seorang wanita yang duduk di tempat penumpang keluar dari kereta menuju ke pintu pemandu untuk menjelaskan sesuatu kepada suaminya yang dipercayai pada ketika itu sedang bertengkar sebelum secara tiba-tiba seekor harimau Siberia menyerang dari belakang dan mengheretnya jauh.
Dapat dilihat suami dan ibu mentuanya segera keluar dari kereta dan cuba menyelamatkannya sebelum sebuah jip keselamatan zoo tiba di tempat kejadian.
Menurut agensi kerajaan China, pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan wanita yang diserang harimau itu bagaimanapun ibu mentuanya yang keluar dari kereta bagi membantu mereka mati selepas dibaham harimau lain.
Wanita itu dan suaminya memfailkan saman terhadap zoo terbabit namun mereka gagal dalam tuntutan berkenaan.
Difahamkan pemandu dibenarkan memandu kenderaan mereka melalui kawasan harimau di zoo safari tersebut.
Kes itu berlaku di Taman Dunia Hidupan Liar Badaling, Beijing dan paparan video tersebut dirakam oleh kamera keselamatan daripada sistem pemantauan di taman itu.
Video itu bagaimanapun kembali tular sehingga kini sejak dimuat naik pada Selasa di laman X (Twitter).— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram