DUA lelaki yang didakwa mabuk secara tidak sengaja melanggar pintu lif dan kemudiannya jatuh terperosok ke dalam sebuah lift setelah pintu terbuka di China Selatan, China baru-baru ini.
Video CCTV yang dirakam di bandar Quanzhou di Wilayah Fujian pada 21 November menunjukkan seorang lelaki berbaju-T hitam memapah seorang lelaki yang berbaju-T putih menuju ke lif di lobi hotel.
Namun, mereka secara tiba-tiba jatuh ke pintu lif yang tertutup menurut laporan media antarabangsa.
Pintu berkenaan kelihatan 'terkopak' mengakibatkan kedua-dua lelaki itu terjatuh ke dalam ruang lif.
Selepas pegawai polis tiba, mereka membawa kedua-dua lelaki itu kembali ke tempat selamat.
Paramedik bagaimanapun memeriksa dua lelaki itu di lokasi dan difahamkan mereka hanya mengalami trauma dan cedera ringan.
Mereka kemudiannya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Video itu kembali tular di media sosial sejak pada 21 November tahun lalu sehingga kini. —Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram