Apa hukum lafaz niat wuduk dalam tandas?


  • Mukmin
  • Jumaat, 19 Mei 2023

Cukup sekadar melafaz niat wuduk di dalam hati jika mengambil wuduk di dalam tandas. — Gambar hiasan/Agensi

RUANGAN mengambil wuduk di masjid, surau atau tempat menunaikan solat dibina berasingan dengan tandas.

Perkara berbeza pula berlaku di rumah apabila tandas turut dijadikan sebagai tempat untuk mengambil wuduk.

Tentu sahaja menyebut kalimah ALLAH di dalam tandas satu perbuatan yang sebaiknya dijauhkan.

Bagaimanapun menurut penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah, sekiranya berada di tandas mahupun bilik air, memadai hanya berniat wuduk di dalam hati tanpa perlu melafazkan nama ALLAH dengan lisan.

2769925266

Ruangan mengambil wuduk di masjid dan surau sering dibina berasingan dengan tandas membolehkan individu untuk melafaz niat wuduk dengan lisan. — Agensi

"Menyebut nama ALLAH bukanlah syarat yang diperlukan ketika mengambul wuduk.

"Malah, hukum menyebut kalimah ALLAH di dalam tandas adalah makruh," terangnya.

Mengulas lanjut, menurut pandangan Imam As-Syirazi menyatakan bahawa wajib berniat di dalam hati kerana niat adalah kehendak.

"Oleh itu, Imam al-Nawawi (ilmuan Islam) menjelaskan bahawa niat diwajibkan dalam wuduk adalah berniat dengan hati sedangkan lafaz niat dengan lidah tidak wajib'.

"Melafazkan niat hanya sunat dan niat wuduk tidak disyaratkan untuk menambah ALLAH (kerana ALLAH), tetapi memadai berniat hanya mengankat hadas," ujarnya.

Secara kesimpulan, hukum melafazkan bismillah mahupuun niat wuduk yang disertakan kalimah ALLAH ketika berada di dalam tandas adalah makruh.

Oleh itu sekiranya berada di dalam hati, cukup sekadar berniat di dalam hati tanpa perlu dilafazkan secara lisan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram