SAMBUTAN hari jadi seharusnya menjadi detik bermakna dan gembira buat seseorang. Selain mendapat pemberian hadiah, ucapan mendoakan semoga memperoleh kesejahteraan turut menjadi salah satu hal wajib sesama insan.
Bagaimanapun, perkara sebaliknya diterima oleh penyerang skuad Sri Pahang FC, Lucas Silva.
Meraikan hari jadi pada Sabtu, Lucas Silva atau nama sebenarnya Lucas Espindola da Silva sebaliknya menerima kata-kata kurang enak daripada penyokong.
Silva menyambut hari jadi pada Sabtu namun dia dihujani dengan ucapan yang tidak menggembirakan.
Mereka mendoakan agar ‘kuda tua’ itu segera bersara memandangkan tidak memberi sebarang sumbangan kepada pasukan.
Menguatkan lagi kenyataan itu, data transfermarkt menunjukkan Silva hanya muncul dalam tiga penampilan bersama Tok Gajah dalam Liga Super tanpa sebarang jaringan.
“Next season (musim depan) buang la ayam tua ini. Tidak function (berfungsi) langsung. Cari striker padu untuk combine (gabung) dengan Kpah,” kata El Ziqfit.
“Lucas Silva sudah boleh dilepaskan sebab didapati tidak perform dalam sepanjang game yang diturunkan selain dari masalah kecederaan dan sebagainya. Cari striker import lain yang lebih baik untuk membantu Kpah Sherman,” kata Muhd Makri Muhammad Yusof.
Penyokong mengharapkan agar Sri Pahang dapat mencari pengganti penyerang baharu buat Tok Gajah.
“Semoga cepat berpindah ke negeri lain. Sengsara mata tengok main. Macam mana boleh main dengan Pahang,” kata Zanni Pj.
Kata-kata tersebut dilontarkan kepada pemain berusia 33 tahun dan berasal dari Brazil itu di media sosialnya.
Pada awal Januari 2023, Silva dilaporkan terpaksa menjalani rehat panjang akibat mengalami kecederaan lutut.
Dia juga belum pasti beraksi ketika Sri Pahang dijadualkan bertemu dengan Penang FC pada 20 Mei depan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram