Amalan berwuduk dengan air melimpah suatu pembaziran, bertentangan ajaran Islam 


  • Mukmin
  • Rabu, 17 Mei 2023

Pastikan tidak berlaku pembaziran ketika sedang mengambil wuduk.  —  Bernama

BERSUCI atau mengambil wuduk sebelum menunaikan solat ada dinyatakan dalam firman ALLAH menerusi surah al-Maidah ayat 6 yang bermaksud:"Whai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki meliputi buku lali."

Antara anggota yang wajib dibasuh;

  • Seluruh muka beserta niat
  • Membasuh tangan hingga ke siku
  • Membasuh sebahagian daripada kepala sekurang-kurangnya membasahkan tiga helai rambut
  • Membasuh kaki sehingga ke buku lali
  • Hendaklah membasuh anggota-anggota tadi mengikut tertib

83218c602f4b97f8cd5f8f4bda47970c5e2a75de3a01a

Pembaziran turut boleh berlaku ketika mengambil wuduk meskipun di kawasan sungai. Bernama

Biarpun sekadar mengambil wuduk, namun perbuatan itu tetap mempunyai tertib yang perlu dijaga terutama untuk mengelakkan pembaziran.

Pensyarah Pengajian Islam Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Mohamad Dininazmi Sabri, berkata, terdapat tiga situasi keadaan air yang dibenarkan untuk digunakan ketika berwuduk.

"Air tersebut perlulah suci dan tidak memiliki perubahan pada warna, bau dan rasa iaitu tidak bercampur dengan najis atau kotoran yang mampu membatalkan wuduk.

"Selain daripada memastikan kesucian air, tindakan juga memainkan peranan bagi mengelakkan pembaziran," terangnya kepada Majoriti.

Tambahnya lagi, Rasulullah SAW melarang umatnya melakukan pembaziran terhadap penggunaan air ketika berwuduk meskipun mengambilnya daripada air sungai yang mengalir.

"Kita tetap tidak boleh berlebihan dalam berwuduk. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya pembaziran kerana cukuplah sekadar menggunakan sekadar mengikut keperluan.

"Oleh itu mengambil wuduk dalam keadaan air melimpah dilihat sebagai satu perkara yang bertentangan dengan agama kerana berlebihan," ujarnya.

Secara kesimpulannya, berhati-hati mengambil wuduk dalam keadaan air melimpah kerana bimbang perkara itu akan mengakibatkan berlakunya pembaziran.

Diriwayatkan Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda ketika bertemu dengan Nabi Saad maksudnya: "Jangan berlebihan dalam mengambil wuduk walaupun engkau berada pada air sungai yang mengalir."

Teguran itu jelas mencerminkan bahawa Rasulullah menitikberatkan perkara yang boleh menjurus ke arah pembaziran biarpun melibatkan soal penggunaan air. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram