[VIDEO] Hafidz Roshdi fail hadanah tuntut hak penjagaan anak


  • Hiburan
  • Selasa, 09 Mei 2023

Hafidz Roshdi memfailkan permohonan hadanah bagi mendapatkan hak penjagaan dua anaknya.

PELAKON Hafidz Roshdi memfailkan hadanah bagi menuntut hal penjagaan terhadap dua anaknya hasil perkahwinan dengan isteri, Nurul Syuhada Mat Syukri.

Hafidz atau atau nama lengkapnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, memberitahu, dia sudah beberapa kali untuk berjumpa dengan anak, namun tidak berkesempatan.

Bagaimanapun Hafiz tidak memperincikan hal tersebut, tetapi menjelaskan dia tidak dapat menyambut Aidilfitri dengan anak-anaknya.

“Saya akan terus memperbaiki diri dan berusaha menjadi bapa yang bertanggungjawab kepada anak-anak, Humairah dan Umar.

“Rindu betul rasa hati kepada mereka kerana tidak berpeluang beraya dengan kedua-duanya pada tahun ini. Insya-ALLAH semoga ALLAH memberi peluang untuk bertemu dengan mereka,” katanya ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Selasa.

Sementara itu peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader menyerahkan surat kali ketiga untuk cadangan perjumpaan dengan anak-anak.

“Hafidz harap sangat kali ini permintaan dapat dipenuhi dan dapat meluangkan masa dengan anak-anak walaupun sekejap,” ujarnya.

Hafidz dan Nurul Syuhada hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Selasa bagi kes sebutan pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah.

Untuk rekod, Nurul Syuhada kini menetap di Perlis sementara Hafidz di Kuala Lumpur.

Jarak lokasi tersebut sekali gus didakwa membataskan Hafidz untuk berjumpa dengan dua anaknya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram