Haram lelaki pakai seluar labuh jika berniat sombong


  • Mukmin
  • Khamis, 10 Mac 2022

PEMAKAIAN seluar labuh bagi lelaki adalah haram sekiranya berniat untuk menyombongkan diri. — Gambar hiasan

TIADA mana-mana ulama mengatakan bahawa sekiranya seseorang lelaki memakai pakaian labuh hingga ke buku lali akan masuk ke dalam neraka.

Sebaliknya, pendakwah bebas, Azhar Idrus berkata, para ulama menegaskan bahawa haram hukumnya jika lelaki tersebut memakai seluar labuh bagi tujuan menyombongkan diri.

UAI berkata, terdapat 14 hadis berkaitan yang hanya menyebut dua perkara, yang mana salah satunya hanya menyebut perkara berkaitan seluar labuh.

Manakala, katanya, satu lagi menyebutkan tentang pemakaian seluar labuh dan niat menyombongkan diri.

"Maka, hadis yang ada perkataan lebih menjadi tahsis kepada perkataan yang kurang.

"Maka, bila disebut sombong wajib kena ajar (orang Islam) macam ni, iaitu barang siapa yang pakai seluar labuh kerana sombong masuk neraka," katanya seperti perkongsian di laman TikTok.

Jelasnya, memakai seluar labuh hukumnya adalah makruh dan bukannya haram.

"Tapi, kalau kerja memerlukan pakaian labuh hukumnya tidak makruh. Kita tengok keadaan," tambahnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan orang ramai sekiranya seseorang lelaki memakai seluar labuh.

Katanya, ada yang mendakwa hukum lelaki memakai seluar labuh adalah berdosa dan masuk neraka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram