KINI banyak agama yang berpenampilan seperti imej seorang yang beragama Islam ekoran daripada penampilan mereka yang memakai serban dan bertudung seperti seorang Muslim.
Dalam satu hantaran yang dikongsi oleh pendakwah, Ustaz Ahmad Iqram Mohamad Noor di laman Facebooknya pada Ahad, terdapat 11 agama yang disangka menganut agama Islam tetapi sebaliknya.
1) Druze
Druze adalah agama baru yang lahir dari aliran Syiah Islamailiyyah dan mereka mendakwa Khalifah Fatimiah di Mesri iaitu Al-Hakim bi-Amr Allah adalah ALLAH dalam penjelmaan bentuk manusia.
Agama itu telah mengadun kepercayaan falsafah Yunani, Hindu dan Buddha dengan kepercayaan Syiah Islamailiyyah.
Malah, pemakaian golongan itu adalah disebabkan pengaruh budaya dan masyarakat di Timur Tengah.
2) Sabean Mandaen
Agama Sabean Mandaenada ialah agama yang lahir di Iraq sekitar persisiran sungai Eufrat dan Tigris, mereka menganggap Nabi Yahya atau John The Baptis adalah nabi utama di sisi ajaran mereka.
Selain itu, golongan agama Sabean Mandaenada menjadikan ritual pembaptisan di sungai sebagai ibadat utama dalam kepercayaan mereka.
3) Zoroaster
Zoroaster atau Majusi adalah agama yang lahir di Parsi atau Iran sekarang dan agama Zoroaster memuliakan elemen-elemen alam seperti api, air, tanah dan udara.
Agama Majusi sudah sedia ada sebelum zaman Nabi Isa lagi dan agama itu juga dianut oleh pemimpin besar empayar Parsi seperti Cyrus The Great.
Pemakaian penganut agama Zoroaster adalah kerana terkesan dengan pemakaian budaya masyarakat Iran danh sekitar Timur Tengah.
4) Agama Yahudi
Yahudi adalah agama yang dianut oleh bangsa bani Israel atau Yahudi dan mereka mendapat risalah wahyu dari nabi dan rasul yang telah diutuskan oleh ALLAH kepada mereka.
Penganut agama Yahudi antara penganut yang memiliki pengamalan hukum-hakam yang ketat dan kelompok Yahudi diiktiraf sebagai ahlul kitab.
5) Kristian
Kristian adalah agama yang lahir setelah ketiadaan Nabi Isa hasil dari konflik zaman selepas dipengaruhi misionari St Paul.
Penganut agama itu bertuhankan Nabi Isa sebagai Tuhan yang setara dengan Tuhan Bapa sehingga ia melahirkan konsep triniti.
Sebahagian mereka masih mengekalkan pemakaian tradisi masyarakat awal di Timur Tengah iaitu sekitar Jerusalem yang sinonim dengan pemakaian menutup kepala.
6) Agama Samaritan
Samaritan adalah agama kuno yang lahir sejak zaman sebelum kelahiran Nabi Isa dan mereka adalah kelompok bani Israel yang telah mengasingkan diri dari orang-orang Yahudi lain.
Malah, mereka mendakwa kitab Taurat orang Yahudi pada hari ini adalah menyeleweng dan bagi penganut agama Samaritan kitab asli Taurat adalah adalah kitab yang mereka miliki.
Kini, kelompok Samaritan berada di bawah kawasan West Bank dan mereka mensucikan gunung Gerizim.
7) Agama Yazdani
Yazdanisme adalah agama baharu yang lahir dalam kalangan bangsa Kurdish dan mereka menyembah Tuhan yang bernama Yazdan.
Agama Yazdani menggabungkan agama Hindu, Kristian, Majusi dan sufi batiniyyah.
Penganut agama Yazdani juga beriman bahawa wujud ketua malaikat Merak yang dinamakan Melek Taus dan kisah Melek Taus itu adalah versi mereka "membersihkan' karakter iblis dalam versi Al-Quran.
Mereka juga turut mempunyai ritual memuja kubur wali mereka iaitu Adlu Ibn Musafir yang terletak di Iraq.
8) Agama Yarsani
Yarsanisme atau ahli haq atau Kakai adalah agama baru yang lahir di Parsi dari kelompok Kurdish dan agama diasaskan oleh Sultan Sahak.
Mereka menganggap Sultan Sahak sebagai nabi baharu mereka dan penganut agama Yarsani menganggap Sayyidina Ali sebagai jelmaan ALLAH di dunia sehingga sering meminta pertolongan kepada Ali.
Untuk pengetahuan, agama Yarsani bersifat sinkretisme dengan mencampuri agama Kristian, Zoroaster dan Hindu.
9) Agama Qadiani
Gerakan Ahmadiyyah Qadiani adalah agama baharu yang lahir di India pada abad 18 dan Mirza Ghulam Ahmad merupakan pengasas kepada agama Qadiani.
Mirza mendakwa dirinya sebagai rasul yang baharu, Imam Mahdi dan Nabi Isa yang akan turun pada akhir zaman dan dia telah mengubah beberapa syariat dalam Islam.
10) Agama Baha'i
Baha'i adalah agama baharu yang lahir di Iran oleh tokoh mereka yang mendakwa sebagai rasul iaitu Sayyid Ali Muhammad Syirazi dan Mirza Hussein Ali.
Mereka semua lahir dari keluarga Syiah Imamiyyah di Parsi dan akhirnya membawa ajaran baru mereka tersendiri.
Dari segi pemakaian, tokoh-tokoh terawal mereka menyerupai pemakaian Muslim di sekitar Timur Tengah dan agama mereka juga mula berkembang di Timur Tengah.
11) Agama Sikh
Sikhisme adalah agama muda yang lahir di India dan Sikh wujud hasil dari konflik antara agama Islam serta Hindu di India.
Kewujudan unsur Hindu dan Islam dalam agama Sikh jelas dalam kitab suci mereka.
Malah, pemakaian mereka juga mempunyai unsur Islam yang mana mewajibkan lelaki dan wanita memakai turban dan menutup kepala mereka.
Dalam pada itu, jelas Ahmad Iqram, masih banyak lagi pemakaian keagamaan yang muncul bagi agama baharu hasil dari pecahan dari Kristian dan Islam.
Namun, agama Islam satu-satunya agama yang benar, diredai dan diterima oleh ALLAH SWT sebagaimana dalam firman-Nya: “Sesungguhnya agama di sisi ALLAH ialah Islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang telah diberi Al-Kitab, kecuali setelah mereka memperoleh ilmu, karena kedengkian di antara mereka. Barang siapa yang ingkar terhadap ayat-ayat ALLAH, maka sesungguhnya ALLAH sangat cepat perhitungan-Nya.” [Ali ‘Imran/3: 19]. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram